Harian Metro

BUNUH, SUMBAT BAPA

- Agensi

„ Budak 15 tahun didakwa selepas sisa mayat ayah ditemui dalam beg

Polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun selepas penemuan sisa mayat bapanya yang disumbat dalam beg pakaian kecil di sebuah hutan pada 2 September lalu.

Daily Mail memetik polis berkata, Michael Goff III kini didakwa atas tuduhan membunuh bapanya, Michael Goff Jr.

Pejabat pemeriksa perubatan turut mengesahka­n bahawa tulang yang ditemui dalam beg berkenaan adalah milik mangsa.

Beg pakaian itu ditemui jauh di dalam hutan berhampira­n Apartmen Lincoya Bay dekat Tasik Percy Priest.

Polis baru menemui tempat beg itu ditinggalk­an minggu ini dan ada bahagian tulang yang turut ditemui di kawasan terbabit, namun belum disahkan sama ada ia berkaitan dengan kes sama.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang oleh isterinya pada 27 Mei lalu dengan kali terakhir dia dilihat hidup, sehari sebelumnya.

Pada masa sama, polis turut menyoal suspek yang mereka cerita mengenai kali terakhir dia melihat bapanya.

Goff III mendakwa bapanya sempat memberinya seutas jam tangan dan berkata, ‘saya sayang kamu’ ketika memandu di selatan Nashville sebelum memberhent­ikan kenderaan dan berjalan masuk ke hutan, namun terus hilang. Bagaimanap­un saksi terbabit berkata, suspek menunjukka­n kesan luka dan calar pada tangannya.

Pada masa sama, rakan suspek berusia 15 tahun memberitah­u polis suspek datang ke rumahnya pada 26 Mei iaitu kali terakhir Goff Jr dilihat masih hidup, malah mengakui membunuh bapanya menggunaka­n pisau cukur.

Rakan berkenaan turut membantu suspek membuang mayat mangsa sebelum Goff III dilihat mengambil wang serta barangan peribadi bapanya.

Sementara itu, WTVF melaporkan, suspek enggan menjawab soalan detektif selepas ditahan pada 14 September.

Manakala rakannya pula sehingga kini masih dianggap sebagai saksi kes terbabit, kata polis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia