Harian Metro

Mati ditimbus lereng

- Agensi

Seramai 55 orang hilang termasuk enam kanak-kanak selepas dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh di penempatan pelombong emas di Filipina selepas dilanda Taufan Mangkhut.

Penyelamat yang terdesak menggunaka­n cangkul dan tangan dengan harapan dapat menemui mangsa yang terperangk­ap selepas lereng bukit runtuh akibat ribut itu, lapor AFP.

Menurut Reuters, kebanyakan mangsa pelombong emas dan keluarga mereka yang tinggal di rumah bangsal terbiar dimiliki syarikat pelombong yang beroperasi secara haram, kata Dewan Perlombong­an Filipina.

Sehingga kini, hanya tiga mangsa berjaya diselamatk­an dalam kejadian di Ucab, Benguet itu.

“Saya pasti semua mangsa yang lain sudah mati. Kita akan teruskan usaha untuk mengeluark­an mereka sehingga penyelamat tidak larat melakukann­ya lagi.

“Ada antara penyelamat mempunyai anggota keluarga yang terperangk­ap,” kata Datuk Bandar, Victorio Palangdan.

Seramai 300 anggota polis, bomba dan sukarelawa­n berusaha mengalihka­n batu, lumpur, sisa runtuhan serta air parit yang mengalir dari bangunan runtuh selepas berjaya mengeluark­an 12 mayat mangsa.

Kejadian berlaku akibat runtuhan dari kawasan pergununga­n di bandar Itogon, tengah wilayah Benguet.

Menurut ABS-CBN, Ketua Polis wilayah itu, Superinten­dan Kanan Lyndon Mencio berkata: “Nampaknya tidak ada tanda-tanda ada yang masih hidup.”

Mangkhut yang melanda wilayah itu Sabtu lalu menyebabka­n sekurang-kurangnya 65 terbunuh, manakala ratusan keluarga terpaksa dipindahka­n.

Ia dianggap taufan paling kuat melanda wilayah itu tahun ini yang memusnahka­n banyak kediaman selain ribuan penduduk terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Daily Mail melaporkan, Superinten­dan Polis Pelita Tacio yang berada di tempat kejadian runtuhan berkata, anggota penyelamat menemui seorang lagi lelaki, namun tidak dapat mengeluark­annya kerana dihimpit batu dan tersangkut dalam lumpur.

„ 55 termasuk enam budak dikhuatiri maut akibat tanah runtuh di penempatan pelombong

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mayat dari runtuhan tanah. - Reuters
ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mayat dari runtuhan tanah. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia