Harian Metro

‘TAKLAH TERUK’

- AFP

„ Verstappen puas hati raih tempat kedua GP Singapura

Max Verstappen gembira dengan kejayaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua ketika Grand Prix Singapura kelmarin selepas bertarung sengit dengan Sebastian Vettel meskipun Red Bull berdepan isu enjin sepanjang minggu lalu.

Pemandu Belanda itu memulakan perlumbaan dari barisan depan bersebelah­an Lewis Hamilton dan selepas dipintas Vettel pada pusingan pembukaan, satu strategi hentian pit yang bijak berjaya membantuny­a kembali berada di depan dan terus mengekalka­n posisi itu hingga ke garisan penamat.

“Tidak begitu teruk. Memalukan dari awal pusingan pertama tapi anda boleh lihat kami tercicir dari sudut kelajuan tertinggi. Namun, dari situ, pasukan mempunyai strategi hebat, jadi kami kembali berada di tangga kedua,” kata Verstappen.

“Asasnya kami sudah melakukan perlumbaan kami sendiri, cuba mengekori Lewis dan pada hujungnya kami tahu tempat kedua akan menjadi keputusann­ya jadi anda perlu menerimany­a.”

Hamilton terperangk­ap dengan kelompok belakang pada pertengaha­n perlumbaan dan ia memberi ruang buat Verstappen merapatkan kedudukan dengan pemandu Britain itu, tetapi sebaik saja masalah selesai, pemandu Mercedes itu terus memecut mendahului saingan hingga dinobat sebagai pemenang.

“Saya fikir kami memaksimum­kan keputusan dengan masalah enjin yang bagi saya memalukan kerana saya hampir mengepalai litar (pada awal tempoh kereta keselamata­n). Malah, hentian pit juga tidak begitu baik,” kata pemandu berusia 20 tahun itu.

“Saya tidak tahu litar manakah yang akan hadir untuk kami lebih menyerlah,” katanya. “Mungkin Mexico, tapi kami kalah di laluan lurus. Jadi, saya tidak menjangkak­an ini akan menjadi tahun terakhir, tapi anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti.

“Anda perlu sentiasa positif dan cuba berada di sana sekiranya sesuatu perkara berlaku.”

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner memuji prestasi Verstappen termasuk seorang lagi pemandu mereka, Daniel Ricciardo yang menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

“Pemanduan menakjubka­n daripada Max. Kami tercicir dalam perjalanan ke selekoh lima (oleh Vettel pada awal saingan), jelas dia kecewa, tapi akhirnya strategi yang kami pertaruhka­n berhasil,” katanya.

“Kami berjaya memintas Ferrari di hentian pit, tapi kami tidak dapat menandingi kelajuan Lewis hari ini (kelmarin).

“Secara strategikn­ya, kami amat bagus hari ini dan Max sudah memandu dengan baik sepanjang minggu jadi pujian buatnya.

“Daniel mempunyai kelajuan dalam perlumbaan tapi kami tidak melakukan kerja keras yang secukupnya. Kemudian, dia meraih kelajuan jentera pada hujung perlumbaan, tapi tidak dapat menghampir­i (Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen) untuk

memintas.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia