Harian Metro

Ronaldo gegar Turin

-

Penantian Cristiano Ronaldo untuk menjaringk­an gol kompetitif pertamanya bersama Juventus akhirnya terjawab semalam apabila meledak dua jaringan bagi memastikan kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo sekali gus menjamin kemenangan keempat daripada perlawanan awal Serie A musim ini.

Namun, perlawanan di Turin itu tercemar dengan kontrovers­i apabila pemain sayap Juventus, Douglas Costa diarah keluar padang pada lewat permainan selepas rakaman kamera mendapati dia meludah pemain Sassuolo, Federico Di Francesco.

Pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo, yang hadir selepas berpindah dengan harga 100 juta euro (RM481 juta) dari Real Madrid, mudah menembusi gawang gol pada minit ke-50 sebelum menambah gol kedua 15 minit kemudian.

Dua gol sumbangan pemain berusia 33 tahun itu membolehka­n juara Itali itu berada di puncak liga dengan kelebihan tiga mata berbanding seteru terdekat, Napoli.

“Saya gembira. Saya berusaha gigih dan tahu jaringan akan tiba,” kata Ronaldo.

“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu dan membolehka­n saya menyesuaik­an diri dengan bola sepak Itali.”

Ronaldo yang memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid turut mempamerka­n rasa kecewanya apabila terlepas dua lagi peluang berharga.

“Inilah bola sepak. Apa yang penting pasukan meraih kemenangan. Saya sedikit tertekan dengan semua percakapan selepas perpindaha­n dari Real Madrid dan tidak menjaringk­an gol, jadi ada banyak harapan tapi saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana memberikan sokongan.”

Penyerang Senegal, Khouma Babacar menanduk masuk gol sagu hati buat Sassuolo pada masa kecederaan tatkala pasukan dari Modena itu mencatat kekalahan pertama mereka musim ini.

Sementara itu, Costa memohon maaf susulan kad merah diterimany­a kerana menyiku dan meludah Di

„ Penyerang Juve puas hati ledak gol pertama Serie A

Francesco, pemain berusia 24 tahun dan anak jurulatih AS Roma, Eusebio Di Francesco.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong Juventus kerana kesalahan pada perlawanan hari ini (semalam),” tulis Costa dalam akaun Instagram.

“Saya juga memohon maaf kepada rakan sepasukan yang sentiasa berada di sisi saya dalam apa juga keadaan. Ia sesuatu yang buruk, saya sedar mengenainy­a dan memohon maaf kepada semua atas kesalahan itu.

“Saya ingin menjelaska­n kelakuan terpencil ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa yang sudah saya lakukan sepanjang karier saya.”

Juventus satu-satunya pasukan yang masih belum mencatat sebarang kekalahan selepas Napoli berjaya bangkit daripada kekalahan pertama dengan menewaskan Fiorentina 1-0 Sabtu lalu menjelang kunjungan Liga Juara-Juara ke Red Star Belgrade, awal pagi Khamis ini.

 ??  ?? JURULATIH Juventus, Massimilia­no Allegri (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Ronaldo selepas meledak gol sulung.
JURULATIH Juventus, Massimilia­no Allegri (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Ronaldo selepas meledak gol sulung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia