Harian Metro

Valverde gusar pemain kurang konsisten

-

Madrid: Biarpun mencatat satu lagi kemenangan dan permulaan sempurna dalam La Liga, masih ada perkara yang perlu dibimbangi mereka menjelang aksi pertama Barcelona di Liga Juara-Juara minggu ini.

Juara bertahan itu mempamerka­n aksi kurang meyakinkan apabila bangkit daripada ketinggala­n sebelum menang 2-1 ke atas

Real Sociedad Sabtu lalu, mencetus kebimbanga­n menjelang aksi menentang PSV Eindhoven awal pagi Rabu ini.

Menjuarai Liga Juara-Juara menjadi antara sasaran utama Barcelona musim ini selepas bergelut di pentas Eropah sejak beberapa tahun kebelakang­an, gagal mara melepasi suku akhir pada tiga edisi berturut-turut.

“Saya sedikit bimbang, hanya sedikit,” kata jurulatih Barca Ernesto Valverde selepas kemenangan Sabtu lalu yang meletakkan pasukan itu di puncak

Liga Sepanyol dengan 12 mata hasil empat perlawanan.

“Jelas sekali ada perkara yang perlu diperbaiki.”

Barcelona ada ketikanya gagal mengawal permainan dan beberapa kali mensia-siakan peluang sepanjang perlawanan di Stadium

Anoeta.

Luis Suarez dan Ousmane Dembele menjaringk­an gol selang tiga minit pada separuh masa kedua untuk meletakkan mereka di depan selepas bolos pada babak pertama.

Permainan yang cemerlang daripada penjaga gol Marc-Andre ter Stegen turut membantu pasukan mencatat kemenangan. Dia berjaya menyelamat­kan dua percubaan dalam situasi satu lawan satu ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia