Harian Metro

SALAH BELUM PANAS

- AFP

Barcelona masih ketinggala­n pada awal separuh masa kedua.

Ini bukan kali pertama Barcelona bergelut musim ini. Pasukan ini dilihat tidak konsisten biarpun keputusann­ya baik, malah Lionel Messi turut bermain di bawah tahap sebenar dalam beberapa perlawanan.

Barcelona turut berdepan kesukaran sebelum menang 1-0 ke atas Valladolid, kelab pendatang baru yang masih belum menang dan menjaringk­an gol dalam empat perlawanan. Kemenangan Barca di laman sendiri dilihat lebih selesa, 3-0 ke atas Alaves dan 8-2 ke atas Huesca, pendatang baru divisyen utama musim ini.

Barcelona diletakkan dalam Kumpulan B Liga Juara-Juara bersama-sama PSV, Inter Milan dan Tottenham. – Agensi

Liverpool

Mohamed Salah lebih mencuri tumpuan berbanding Neymar dan Kylian Mbappe pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu, namun situasinya berbeza kali ini apabila pemain Mesir itu dilihat bergelut menandingi kemuncak penampilan sulungnya di Liverpool apabila dua bintang Paris Saint-Germain itu berkunjung ke Anfield awal pagi Rabu ini.

Salah gagal berada di tahap prestasi terbaiknya sejak penampilan terakhirny­a di Liga Juara-Juara, empat bulan lalu.

Mei lalu, Salah berada di puncak kegemilang­an apabila mengumpul 44 gol dalam kempen yang membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara dan memastikan mereka layak ke saingan musim ini.

Namun, dia hanya mampu bertahan selama 30 minit di Kiev sebelum dihimpit kecederaan bahu apabila bertembung dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos. Kelab gergasi Sepanyol itu menjulang trofi dengan kemenangan 3-1.

Insiden itu menyukarka­n Salah dalam tempoh beberapa bulan selepas itu apabila kecergasan­nya tidak berada di tahap 100 peratus untuk mewakili Mesir yang layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

„

Tanpa sentuhan pemain bintang mereka, The Pharaohs mudah dikalahkan Uruguay pada perlawanan pembukaan dan jaringanny­a ketika menentang Russia dan Arab Saudi tidak mampu mengekang Mesir daripada pulang lebih awal.

Salah juga berdepan konflik dengan Persekutua­n Bolasepak Mesir mengenai penggunaan imejnya dan keputusan menganjurk­an kem latihan mereka di Chechnya.

Bintang Mesir itu diletakkan di posisi canggung dalam satu gambar bersama Presiden Chechen, Ramzan Kadyrov yang dituduh melakukan pelanggara­n hak asasi manusia.

Kemelut itu diterjemah­kan di padang dengan Salah hanya meledak dua gol dalam lima perlawanan pertama Liverpool musim ini.

Bagaimanap­un setakat ini, isu dihadapi Salah tidak mengganggu pasukan kendalian Juergen Klopp.

Pelaburan yang dibuat pada musim panas lalu sudah membuahkan hasil di bawah pengendali dari Jerman itu dengan meraih lima kemenangan berturut-turut.

“Sudah tentu, adalah penting kami tidak memiliki hanya seorang penjaring gol,” kata Klopp selepas menang 2-1 ke atas Tottenham, Sabtu lalu.

“Masih terlalu awal. Lima perlawanan, menarik apabila kami memenangi semuanya, kami sudah meningkat.”

 ??  ?? MESSI belum capai prestasi terbaik bersama Barca musim ini.
MBAPPE
SALAH
MESSI belum capai prestasi terbaik bersama Barca musim ini. MBAPPE SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia