Harian Metro

Spurs bergelut pamer aksi mantap

-

London: Tottenham membuka kempen Liga Juara-Juara di Inter Milan, awal pagi Rabu ini dengan misi melenyapka­n keraguan terhadap keupayaan mereka memenangi gelaran utama. Dipenuhi deretan bintang muda dinamik selain mendapat sentuhan pengendali berkarisma, Mauricio Pochettino, Spurs

tampak mempunyai segala bahan yang diperlukan untuk mencipta kejayaan.

Malah, Tottenham amat ampuh apatah lagi sembilan pemain mereka muncul dalam kalangan empat pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, dengan senarai itu tidak termasuk tonggak utama Christian Eriksen dan Son Heung-Min.

Bagaimanap­un, sejak Pochettino mengambil alih pada Mei 2014 banyak perubahan yang dibawanya termasuk pasukannya tampil dengan gaya permainan menghiburk­an.

Tanpa sebarang trofi kejuaraan sejak menjulang

Piala Liga 2008, Tottenham berada dalam bahaya menjadi antara kelab Eropah yang gagal, dakwaan yang membimbang­kan

Pochettino dan pemainnya.

Ketika Jose Mourinho dan

Pep Guardiola sudah mengukuhka­n status mereka sebagai pengurus terbaik dunia, pengendali berusia 46 tahun itu masih tercari-cari trofi sulungnya.

Tampil musim ini dengan pemain muka sama selepas tidak membuat sebarang pembelian menyebabka­n Pochettino mempunyai pilihan pemain yang lebih terhad dan hasilnya persembaha­n mereka mudah dibaca.

Apabila kemenangan 3-0 ke atas Manchester United memastikan Tottenham meneruskan rekod sempurna, ramai pengkritik mula menjadikan mereka sebagai pencabar utama kepada Manchester City.

Namun, beberapa hari kemudian, sebaliknya berlaku apabila mereka membenarka­n Watford bangkit mencatat kemenangan 2-1 sebelum kecundang 1-2 kepada Liverpool, Sabtu lalu sekali gus membuatkan Pochettino naik angin.

“Secara realitinya kami perlu menunjukka­n permainan yang lebih baik bagi perlawanan besar seperti ini sekiranya kami mahu menjadi pilihan dan akhirnya memenangi beberapa kejuaraan,” kata Pochettino. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia