Harian Metro

Kebangkita­n dramatik

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ JDT loloskan diri ke suku akhir Piala Malaysia bertemu Pahang minggu ini

Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta kebangkita­n saat akhir untuk meloloskan diri ke suku akhir Piala Malaysia, namun cabaran besar menanti apabila skuad Harimau Selatan perlu menghapusk­an badi bertemu Pahang, minggu ini.

Rekod JDT bertemu musuh ketat itu dalam saingan kalah mati kurang memberangs­angkan apabila tewas dalam empat perlawanan terakhir termasuk final Piala Malaysia 2014 menerusi sepakan penalti 3-5 apabila terikat 2-2 selepas aksi 120 minit permainan.

Tiga lagi pertemuan dalam kempen Piala FA juga menyaksika­n skuad Harimau Selatan tersingkir dua kali di peringkat suku akhir Piala FA menerusi agregat 3-0 tahun ini dan 4-3 pada 2017 sementara pada pertembung­an separuh akhir pada 2014 mereka kalah 1-2.

Namun, rekod itu tidak seharusnya menghakis keyakinan pemain JDT yang kali terakhir menumpaska­n Pahang di saingan kalah mati pada separuh akhir Piala FA 2013 menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 2-2 kerana mereka berada di prestasi terbaik ketika ini.

JDT yang muncul juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut mencatat kemenangan tipis 1-0 dan 2-1 ke atas skuad Tok Gajah dalam dua pertemuan liga musim ini dan kejayaan menewaskan MIFA 3-0 di Stadium Shah Alam untuk muncul juara Kumpulan C, malam semalam kembali menyalakan impian mereka untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

Pengurus JDT, Luciano Figueroa mengakui ia pertemuan yang sukar dengan Pahang namun pemain bersedia untuk berjuang.

"Bermain menentang Pahang pasti sukar, kami akan cuba mempamerka­n permainan yang terbaik kerana menentang Pahang ini adalah 'derby', tapi kami bersedia untuk berjuang untuk mendapatka­n kemenangan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan dengan MIFA.

Bekas pemain import JDT itu berkata, beliau tidak pernah meragui kemampuan pemain JDT meskipun terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir dengan MIFA untuk mengesahka­n tempat ke suku akhir.

"Secara keseluruha­nnya kami bermain lebih baik pada babak kedua, namun aksi permainan di separuh masa juga tidak kurang hebatnya. Kami mempunyai banyak peluang tetapi tidak bernasib baik. Ia terbukti ketika 10 minit pertama, kami mempunyai dua peluang menjaringk­an gol.

"Namun ini adalah bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Dua perlawanan sebelum ini, JDT pasukan yang amat teruk. Namun, kini kami berjaya menamatkan saingan kumpulan dengan berada di tempat pertama. Segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak," kata Figueroa.

 ??  ?? PEMAIN JDT, Fernando Gaston Andres Marquez (kanan) diasak pemain MIFA, Ganiesh Gunasegara­n pada perlawanan Unifi Piala Malaysia JDT menentang MIFA di Stadium Shah Alam.
PEMAIN JDT, Fernando Gaston Andres Marquez (kanan) diasak pemain MIFA, Ganiesh Gunasegara­n pada perlawanan Unifi Piala Malaysia JDT menentang MIFA di Stadium Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia