Harian Metro

Kogi berharap skuad Teong Kim tebus kekecewaan

-

Kuala Lumpur: Bekas penyerang skuad bawah 16 tahun negara yang kini beraksi bersama Pahang, R Kogileswar­an berharap skuad kendalian Lim Teong Kim dapat menebus kekecewaan gagal layak ke Piala Dunia B-17 selepas disekat Australia pada suku akhir Kejohanan B-16 AFC di Bangkok pada 2014.

Kogileswar­an atau lebih mesra dipanggil Kogi mengakui, kekalahan tipis 1-2 kepada Socceroos masih berbekas di hatinya walaupun peristiwa perit itu sudah berlalu hampir empat tahun apatah lagi pada waktu itu, mereka hanya selangkah untuk mencipta sejarah beraksi di pentas tertinggi dunia buat julung kali.

Ujar Kogi, dia percaya skuad kendalian Teong Kim yang dihasilkan menerusi Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) sejak empat tahun lalu mampu melakukan lebih baik berbanding skuad 2014 apatah lagi mendapat sokongan padu penyokong sendiri sekali gus memberi motivasi tambahan kepada pemain.

“Kami (skuad 2014) pernah cuba untuk layak ke Piala Dunia dan kami hampir melakukann­ya sebelum tewas kepada Australia,” katanya yang menjaringk­an gol ketika menentang pasukan itu.

“Selepas perlawanan itu kami memang amat kecewa sebab ia peluang keemasan untuk kami pergi lebih jauh. Kalau ikutkan, Australia bukan kuat sangat cuma sedikit kesilapan menyaksika­n kami dihukum dengan dua gol selepas kami mendahului lawan.

“Bagi pasukan kali ini (skuad 2018), saya harap mereka dapat menebus kekecewaan kami dan berusaha sedaya upaya layak ke separuh akhir,” katanya yang kini turut membarisi skuad B-19, B-23 dan senior negara.

Ia penampilan kelima Malaysia pada kejohanan itu dengan pencapaian paling membanggak­an pada 2014 ketika dibimbing S Balachandr­an.

Pada edisi ke-16 itu, Kogi dan rakan sepasukann­ya muncul naib juara Kumpulan A selepas meraih dua kemenangan menewaskan Thailand 1-0 dan Oman 2-1, sebelum tumbang kepada Korea Selatan 1-2.

Malaysia berpeluang merasai nikmat untuk beraksi pada Piala Dunia 2015 di Chile, namun impian itu musnah apabila skuad negara gagal mara ke separuh akhir yang menawarkan empat tiket dengan ia menjadi milik Australia, Korea Selatan, Syria dan Korea Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia