Harian Metro

Gugur dari senarai

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Atlet yang akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo perlu dikeluarka­n daripada Program Podium dan diletakkan dalam satu program khas mungkin dikenali sebagai Tokyo 2020.

Itu antara cadangan yang dikemukaka­n Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen A Daud ketika menghadiri bengkel pasca nilai Program Podium di Majlis Sukan Negara, minggu lalu yang menjelaska­n perlunya satu program khusus, tanpa mengganggu atlet yang berada dalam Program Podium.

“Biarkan mereka yang kini berada dalam Program Podium, sebaliknya asingkan satu lagi program khas untuk Olimpik. Kita kekalkan mereka dan beri fokus sepenuhnya menjelang temasya itu. Itu satu cara yang betul,” katanya.

Ujarnya, atlet berada dalam program khas itu juga harus ditumpukan kepada mereka yang mampu untuk meraih pingat bukannya terbuka kepada semua.

“Ramai atlet dari pelbagai sukan mampu melayakkan diri ke Olimpik, seperti contoh olahraga, jadi program khas ini kita tumpu kepada mereka yang benar-benar boleh menyumbang.

“Jika kita buka kepada semua atlet matlamat sebenar tidak tercapai. Kita harus berlandask­an mentaliti prestasi,” katanya yang turut mempertaha­nkan supaya skuasy dikekalkan dalam Program Podium.

Sebagai rekod, seramai 148 atlet kini berada dalam Program Podium. Antara atlet

„ Atlet Program Podium ke Olimpik diserap ke Tokyo 2020

yang dijangka digugurkan adalah dari sukan seperti skuasy, sepak takraw, boling dan silat yang tidak dipertandi­ngkan pada Sukan Olimpik.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali membayangk­an atlet yang bukan dalam senarai sukan dipertandi­ngkan pada Olimpik Tokyo 2020 kemungkina­n besar akan digugurkan daripada Program Podium.

Kelmarin bekas atlet olahraga negara, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menegaskan, tindakan seumpama itu menggambar­kan KBS dan Institut Sukan Negara seolah-olah tidak menghargai jasa dan pengorbana­n atlet sepak takraw, skuasy, boling dan pelayaran yang berjuang bermati-matian demi memastikan Malaysia menepati sasaran meraih tujuh emas pada Sukan Asia 2018, baru-baru ini.

 ?? Nik Razeen A Daud ?? Kita harus berlandask­an mentaliti prestasi”
Nik Razeen A Daud Kita harus berlandask­an mentaliti prestasi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia