Harian Metro

V Shem, Wee Kiong masih jadi sandaran

- Helmi Talkah helmi.talkah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong masih sandaran terbaik Malaysia untuk memenangi pingat pada Olimpik Tokyo 2020 biarpun masa depan kedua-dua pemain itu samar susulan masih bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Bekas pemain beregu kebangsaan, Lee Wan Wah berkata, V Shem-Wee Kiong tidak boleh menyerah kalah sebaliknya menjadikan apa yang dilalui mereka ketika ini sebagai motivasi dan cabaran untuk terus melangkah ke depan.

“Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti yang cukup tinggi. Biarpun sekarang mereka masih dilihat bergelut tetapi sebenarnya mereka di landasan tepat untuk kembali pada kemuncak prestasi.

“Kalau kita lihat, mereka kalah pun dengan keputusan yang tipis. Apa yang perlu mereka lakukan adalah mencari jalan untuk mengatasi punca mereka tidak dapat menamatkan perlawanan dengan kemenangan biarpun sudah bermain dengan baik.

“Jadi, saya

nasihatkan mereka terus bekerja keras dan jangan berputus asa. Mereka masih beregu terbaik Malaysia dan sandaran untuk memenangi pingat Olimpik biarpun ada peningkata­n yang ditunjukka­n beregu muda,” kata Wan Wah yang juga juara Asia 2006 dan 2007 bersama pasanganny­a, Choong Tan Fook.

V Shem-Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 terus dikritik susulan kekalahan mereka di pusingan pertama Terbuka Jepun, minggu lalu di tangan beregu India, Manu Attri-B Reddy Sumeeth.

Kali terakhir bekas pasangan nombor satu dunia itu muncul juara pada Siri Super Akhir di Dubai pada 2016 dan sejak itu mereka berdepan kemerosota­n prestasi sehingga dipisahkan buat sementara waktu sebelum kembali berganding­an awal tahun ini.

V Shem-Wee Kiong berpeluang untuk menebus kegagalan mereka di Tokyo apabila turun beraksi pada saingan Terbuka China di Changzhou yang bermula esok.

Mereka akan membuka tirai kempen menentang pasangan India, Rakireddy Satwiksair­aj-Shetty Chirag.

“Mereka perlu sentiasa berbincang sesama sendiri dan jurulatih bagi mencari penyelesai­an terbaik terhadap masalah prestasi yang dialami mereka. Saya percaya jika mereka komited, keputusan positif akan memihak kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN beregu lelaki Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.
PEMAIN beregu lelaki Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia