Harian Metro

Lebur rekod 18 tahun

-

„ Pengalaman setahun bukan halangan Syasya rangkul dua emas

Walaupun baru setahun aktif dalam sukan menembak, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin membuktika­n ia bukan penghalang apabila bukan sahaja meraih dua pingat emas, tetapi juga meleburkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA) di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, hari ini.

Permata baharu skuad menembak Johor itu berjaya melakukan bidikan 562 mata dalam acara 10m air pistol individu sekali gus memecahkan rekod 18 tahun milik penembak Kuala Lumpur, Siti Sarah Mohd Ibrahim pada temasya Pulau Pinang 2000 dengan catatan 375 mata.

Pingat perak dimenangi penembak Selangor, Dina Batrisyia Adi Azhar dengan 559 mata dan penembak Pahang, Nur Natasha Shahira Rosli ketiga (558 mata).

Acara 10m air pistol berpasukan pula menyaksika­n Syasya yang berganding­an dengan Khairunnab­iha Baharin dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri merekodkan 1,639 mata untuk mencatat rekod baharu temasya yang sebelum ini dilakar pasukan Pahang, Noreffani Abdul Malick, Nik Nur Nadhirah dan Siti Nur Masitah M Badrin pada temasya Kedah 2006 (1,104 mata).

Pingat perak dimenangi pasukan tuan rumah (Anis Ayuni Ahmad Khairi, Nor Aisyah Azmee, Nurul Izzah Ahmad Khairi) dengan 1,633 mata dan gangsa milik pasukan Sarawak (Beatrice Thieadro Lises, Delphine Chung Qi, Stephanie Sim) dengan 1,630 mata.

“Ini SUKMA pertama buat saya dan saya bersyukur sangat dapat emas. Lagipun sebelum ini saya jarang memperoleh emas jika bertanding dalam sirkit kebangsaan, jadi kemenangan ini cukup bermakna buat saya,” kata Syasya.

Syasya yang baru berusia 16 tahun berkata, minatnya dalam sukan itu timbul selepas ayahnya, Mohd Arifin Sobikin dan ibunya, Zainorida Ngarip bergiat aktif bersama Persatuan Menembak Batu Pahat.

Dalam acara menembak hari ini, Pahang menambah tiga pungutan emas menerusi 50m rifle prone berpasukan lelaki (Izzuddin Muhammad Shafri, Muhammad Al-Zawawie Benhar dan Muhammad Azril Hakim Nor Azman), 25m standard pistol berpasukan lelaki (Azrul Akmal Zulkefli, Low Wei

Chern dan Muhammad Ridwan Awaluddin) dan Izzuddin Muhammad Shafri (50m rifle prone individu lelaki).

 ??  ?? SYASYA (tengah), Khairunnab­iha (kanan) dan Mumtazah hadiah emas buat Johor dalam acara 10 meter air pistol wanita berpasukan, semalam.
SYASYA (tengah), Khairunnab­iha (kanan) dan Mumtazah hadiah emas buat Johor dalam acara 10 meter air pistol wanita berpasukan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia