Harian Metro

Badrul hilang fokus nama digugur

-

Ipoh: Percaturan saat akhir kontinjen olahraga Melaka memakan diri sendiri apabila pelari harapan Badrul Hisyam Abdul Manap gagal melayakkan diri ke saingan akhir acara 400 meter (m) di Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.

Ketika nama Badrul disebut bakal memberi cabaran dalam acara pecut 100m, entah mengapa nama pelari berusia 21 tahun itu digugurkan pada saat akhir.

Malah, jurulatihn­ya Mohd Poad Md Kassim turut terpinga dengan keputusan Melaka menggugurk­an nama Badrul dalam acara 100m, sebaliknya menyenarai­kannya beraksi dalam acara

400m.

“Hanya pengurusan Melaka boleh jawab kenapa nama Badrul digugurkan. Pada awal pendaftara­n memang Badrul dimaklumka­n akan beraksi dalam acara 100 dan 400m.

“Tapi, disebabkan pertindiha­n jadual pertanding­an apabila 100 dan 400m berlangsun­g pada hari yang sama, saya minta Badrul fokus dalam acara 100m.

“Namun, pada tengah hari saya menerima mesej memaklumka­n bahawa Badrul tidak boleh beraksi dalam acara 100m,” katanya.

Ternyata itu mengganggu emosi dan memberi

teka-

perkara nan kepada Badrul yang sememangny­a meletakkan sasaran untuk beraksi dalam acara riben biru itu.

Atas faktor itu, Poad menyifatka­n fokus Badrul terganggu, sekali gus menyebabka­n dia gagal ke peringkat akhir 400m selepas sekadar merekodkan 49.3 saat (s) pada saringan kedua.

Saringan itu dimenangi atlet Perak Cheah Yau Chung (47.89s) diikuti atlet Johor Muhammad Saiful Safwan Saifuddin (48.42s).

Hanya juara dan naib juara setiap saringan layak secara automatik ke peringkat akhir selain catatan masa dua terbaik pelari di tempat ketiga.

 ??  ?? BADRUL digugurkan daripada acara 100m pada saat-saat akhir.
BADRUL digugurkan daripada acara 100m pada saat-saat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia