Harian Metro

MUSIBAH 4.50 PAGI

-

Khairulnez­am Zainal, 25, antara 60 mangsa yang hilang tempat tinggal selepas rumah sewa mereka musnah dalam kebakaran, jam 4.50 pagi semalam.

Kebakaran itu membabitka­n satu blok rumah mengandung­i 28 rumah sewa diperbuat daripada struktur tidak kekal selain memusnahka­n enam kenderaan termasuk van dan lori.

Khairulnez­am berkata, dia baru saja pulang ke rumah kerana sebelum itu kawasan rumah sewa berkenaan tiada bekalan elektrik sejak tengah hari kelmarin.

“Apa yang lebih menyedihka­n apabila empat kenderaan kepunyaan saya dan dua rakan serumah serta milik majikan turut musnah terbakar. Kami mengalami kerugian kira-kira RM300,000 termasuk barangan telekomuni­kasi milik syarikat tempat kami bekerja.

“Saya sepatutnya pergi ke Keningau hari ini atas urusan kerja.

Oleh itu, kereta dipenuhi kabel dan peralatan untuk pemasangan telekomuni­kasi tetapi semuanya musnah sekelip mata,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi penghuni, Walarpah Wahap, 39, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri bangun menunaikan solat Subuh namun terdengar bunyi bising di luar rumah.

“Sebaik membuka pintu, saya nampak kepulan asap tebal dan terus membawa isteri menyelamat­kan diri. Kami hanya tinggal sehelai sepinggang selain hanya dapat menyelamat­kan beberapa dokumen penting saja,” katanya sambil berharap pihak berkaitan dapat membantu meringan beban mereka.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bomba menerima panggilan jam 5.02 pagi sebelum menghantar 13 anggota bersama dua jentera.

“Api dapat dikawal jam 5.52 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRULNEZ­AM melihat kereta miliknya dan rakan yang musnah dalam kebakaran di blok rumah sewa kos rendah berhampira­n Country Heights.
KHAIRULNEZ­AM melihat kereta miliknya dan rakan yang musnah dalam kebakaran di blok rumah sewa kos rendah berhampira­n Country Heights.
 ??  ?? NICHOLAS (dua dari kanan) menemui mangsa, Mohamad Tapa yang terselamat.
NICHOLAS (dua dari kanan) menemui mangsa, Mohamad Tapa yang terselamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia