Harian Metro

Laung azan baru jumpa jalan

-

Bintangor: “Syukur, akhirnya abang berjaya mencari jalan keluar selepas azan dilaungkan,” kata Derwis Napis, 45, adik kepada Mohammad Tapa Napis, 55, yang hilang ketika memotong kayu di Muara Lebaan, di sini, kelmarin.

Derwis berkata, abangnya itu dipercayai sesat ketika meredah kawasan hutan berkenaan sejak jam 8 pagi sebelum berjaya mencari jalan keluar dan muncul di Bukit Papit, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

“Dia memasuki kawasan hutan itu seawal jam 8 pagi dan kebiasaann­ya pulang ke rumah menjelang jam 12 tengah hari. Bagaimanap­un, sehingga lewat petang dia tidak pulang ke rumah.

“Bimbang dengan keselamata­nnya, lebih-lebih lagi selepas mendengar tragedi menimpa pencari asam kelubi di Mukah, kami membuat laporan di Balai Polis Meradong,” katanya.

Beliau berkata, abangnya itu sering mencari kayu di kawasan itu, malah sudah biasa dengan selok-belok hutan berkenaan.

“Dia memang sudah biasa dengan persekitar­an hutan itu. Bagaimanap­un, sewaktu kejadian, dia tiba-tiba hilang arah selepas membuang air kecil.

“Dia cuba mencari jalan pulang tetapi gagal. Sepanjang 24 jam dia tidak putus asa dan terus meredah hutan hingga berjaya mencari jalan keluar sejurus azan dilaungkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya melancarka­n operasi SAR sejurus menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa jam 7.38 malam.

Katanya, pengalaman luas mangsa dalam ilmu hutan banyak membantuny­a bertahan, termasuk mendapatka­n bekalan air daripada akar pokok kelait.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia