Harian Metro

Syarat urus niaga

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

„ Jurutera simpan radiogram usia 50 tahun

Minat terhadap barangan lama bukan saja hobi unik yang memberi kepuasan kepada peminatnya malah mampu menjana pendapatan lumayan jika bijak memanfaatk­an peluang itu.

Bagi jurutera perisian komputer, Bob Azahary Hardi, 33, koleksi patung, kaset, piring hitam, baju atau apa saja barangan lama memiliki nilai yang cukup tinggi kerana sukar diperoleh.

Justeru itu, beliau gemar mencari barangan lama sebagai koleksi dan turut dijual kepada pelanggan berminat.

“Semuanya bermula semasa saya bekerja di Kuala Lumpur. Dulu, minat kumpul baju, namun selepas itu, saya tertarik dengan barangan pelik dan unik. Sejak itu, saya kumpul sedikit demi sedikit dan kini menjadi hobi saya,” katanya.

Bob berkata, beliau bersedia menjual atau menukar barangan, namun ada antara koleksinya disimpan rapi dan hanya dipamerkan secara terhad kepada kenalan rapat.

“Saya mempunyai sebuah radiogram yang berusia lebih 50 tahun. Itulah antara barangan yang paling saya sayang. Biarpun ada yang sanggup menawarkan harga tinggi, saya tidak akan menjualnya.

“Setiap koleksi saya juga tidak dilepaskan dengan sesuka hati… jika ada mahu memiliki atau ingin membuat belian mahu pun jualan, mereka perlu melakukann­ya dengan cara yang betul,” katanya.

Bob yang kini membuka gerai Bob’s Karaz di Uptown Harmoni di sini, menyatakan hobi itu sangat berguna kerana mampu memberikan manfaat dalam tempoh jangka panjang.

Pengumpul koleksi barangan lama katanya, bukan sekadar minat tetapi juga perlu memiliki pengetahua­n terhadap setiap barangan disimpan.

“Banyak faedah dipelajari daripada barangan ini seperti asal usul penciptaan­nya, fungsi, jenama dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung ia mampu menjadi sebagai khazanah bersejarah yang perlu diketahui oleh generasi muda,” katanya.

 ??  ?? BOB (kiri) menerangka­n sesuatu kepada pelanggan yang berkunjung ke gerainya.
BOB (kiri) menerangka­n sesuatu kepada pelanggan yang berkunjung ke gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia