Harian Metro

Janji kembali hak

- Wan Faizal Ismayatim dan Kristy Inus cnews@nstp.com.my

Kerajaan Persekutua­n perlu mempunyai dua pertiga majoriti dalam Parlimen untuk meminda Perlembaga­an bagi melaksanak­an apa yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Persekutua­n perlu melihat bagaimana ia boleh mendapat sokongan di Parlimen bagi membolehka­n hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 dikembalik­an.

“Buat masa ini kami akan kaji apa apa yang perlu dimansuhka­n dan digantikan dengan peruntukan baharu (terma yang ada kaitan dengan MA63) dalam Perlembaga­an. Terdapat juga beberapa undang-undang yang perlu kami teliti,” katanya.

Beliau ditemui media selepas sarapan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Kabinet Sabah, di sini, pagi semalam.

Ditanya sama ada kerajaan boleh mendapat sokongan pembangkan­g yang dilihat turut memperjuan­gkan hak Sabah dan Sarawak, Dr Mahathir berkata, pembangkan­g mungkin bercakap lain tetapi kemudian berpakat untuk tidak menyokong, seperti berlaku pada persidanga­n Dewan Negara yang menolak Rang Undang-Undang

„ Kerajaan Persekutua­n perlu ada dua pertiga majoriti dalam Parlimen untuk pinda Perlembaga­an

Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Mengenai apa lagi hak Sabah dan Sarawak yang boleh dikembalik­an, beliau melihat keperluan menambah pegawai pembuat keputusan dari Sabah dan Sarawak berada dalam kerajaan di Putrajaya, atau perlu menghantar mereka dari Semenanjun­g ke kedua-dua negeri berkenaan.

“Ada beberapa perkara yang kami putuskan di Kuala Lumpur oleh orang yang tidak biasa dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, kami perlu tangani isu ini,” katanya tanpa menyatakan tempoh bila kajian berkaitan MA63 disiapkan kerana bergantung kepada beberapa faktor.

Dr Mahathir berkata, meningkatk­an Infrastruk­tur pendidikan antara perkara dalam hak Sabah yang diberikan perhatian kerana masih banyak sekolah di negeri ini dalam keadaan daif.

“Saya diberitahu masih ada sekolah dibuat daripada kayu, ini perlu ditangani juga... (sekolah) tiada air dan tiada kemudahan tandas yang baik, banyak perkara perlu dilakukan,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia Ke-55 di Padang Merdeka di sini, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi slogan ‘Malaysia Baharu’ akan mengembali­kan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, berbanding negeri dalam Malaysia.

 ??  ?? DR Mahathir diiringi Mohd Shafie pada Majlis Perjumpaan dan Sarapan Bersama Anggota Kabinet Negeri, semalam.
DR Mahathir diiringi Mohd Shafie pada Majlis Perjumpaan dan Sarapan Bersama Anggota Kabinet Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia