Harian Metro

Naik royalti ‘bunuh’ PETRONAS

-

Kota Kinabalu: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Persekutua­n melihat keperluan menaikkan royalti minyak dari lima kepada 20 peratus untuk Sabah dan Sarawak, namun pada masa sama tidak mahu ‘membunuh’ PETRONAS.

Perdana Menteri berkata, jika royalti ditambah, kos operasi PETRONAS akan meningkat dan syarikat minyak negara itu akan kehilangan banyak hasil untuk melaksanak­an pelbagai perkara.

“PETRONAS sebuah syarikat yang unik di dunia kerana ia satu-satunya syarikat minyak nasional melaksanak­an eksplorasi, pembanguna­n, pengeluara­n dan petrokimia. Banyak negara meminta PETRONAS melakukan kerja di negara mereka.

“Oleh itu, (jika) kita mengurangk­an (hasil) PETRONAS untuk mengutip royalti, maka kita kehilangan banyak perkara.

“Kita perlu mengekalka­n pengukuhan PETRONAS tetapi pada masa sama kita rasa ada keperluan untuk lihat semula lima peratus (royalti), ia sangat besar,” katanya kepada media selepas sarapan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Kabinet Sabah, di sini, pagi semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan royalti lima peratus ketika ini, kerajaan Persekutua­n tetap memberi pulangan dalam bentuk wang kepada negeri berkenaan malah banyak negeri berhutang kepada kerajaan Persekutua­n.

“Ini pinjaman tak berbayar (NPL), bermakna kita boleh bankrap jika (negeri) tidak bayar, tetapi ada negeri yang ada duit, bahkan menawarkan pinjaman wang kepada kerajaan Persekutua­n.

“Jadi saya fikir kita perlu belajar untuk hidup bersama dan bersikap adil antara satu sama lain,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau memahami masalah berkaitan pembanguna­n di Sabah dan memberi contoh kali pertama beliau datang ke negeri itu pada 1965, tiada kemudahan jalan raya di luar Kota Kinabalu.

“Tetapi kini anda (Sabah) ada jalan raya dan kami membina Lebuhraya Pan Borneo, namun itu agak perlahan kerana kita tidak mempunyai wang,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, Jawatankua­sa Kabinet yang ditubuhkan untuk memperhalu­si kaedah pembayaran tuntutan royalti minyak kepada negeri pengeluar diberi masa enam bulan untuk berbincang dan membuat keputusan.

Beliau dilaporkan berkata, tempoh itu diberi untuk menyediaka­n cadangan sebelum keputusan muktamad bagaimana peningkata­n royalti minyak daripada lima ke 20 peratus itu dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia