Harian Metro

Berkembang kukuh

- Sandra Albertz cnews@nstp.com.my

„ Eksport perkayuan negeri catat RM6.13 bilion tahun lalu

utama negeri, termasuk produk petroleum seperti gas asli cecair (LNG) serta minyak sawit.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an Sarawak menegaskan walaupun wujud pelbagai cabaran di peringkat global, eksport perkayuan negeri cukup berdaya tahan dan memperliha­tkan pertumbuha­n positif.

“Sejumlah RM3.27 bilion nilai eksport papan lapis sepanjang tahun lalu yang mewakili 53 peratus keseluruha­n pendapatan eksport negeri.

“Ini diikuti eksport balak bernilai RM1.21 bilion atau 20 peratus keseluruha­n pendapatan eksport tahun lalu. Ia satu pencapaian positif yang perlu dibanggaka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-25 Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA), di sini kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Datuk Mohd Naroden Majais.

Hadir sama Presiden SFIA, Lai King Min, Setiausaha Agung Majlis Perabot Malaysia, Albert Khoo dan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Hashim Bojet.

Awang Tengah berkata, produk kayu lain yang dieksport tahun lalu ialah kayu gergajian bernilai RM803 juta (13 peratus) dan papan gentian bernilai RM308 juta (5 peratus).

“Eksport perabot pula mencatatka­n perolehan RM47 juta, sekali gus merekodkan peningkata­n berbanding RM43 juta pada 2016,” katanya.

Beliau berkata, kepentinga­n eksport itu menyebabka­n kerajaan negeri melalui agensi pelaksanan­ya, PUSAKA, melaksanak­an Pelan Transforma­si Industri Kayu bagi mengubah struktur industri kayu tempatan supaya lebih banyak mengeluark­an produk kayu bernilai tinggi menjelang 2030.

“Sasarannya bagi mencapai pendapatan eksport perabot bernilai RM6 bilion menjelang 2030,” katanya.

 ??  ?? MOHD Naroden (tengah) bersama ahli SFIA memotong kek pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-25 SFIA.
MOHD Naroden (tengah) bersama ahli SFIA memotong kek pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-25 SFIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia