Harian Metro

Tubuh biro salur aduan

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan mewujudkan Biro Aduan Awam Usahawan di Sabah bagi memudahkan golongan usahawan Bumiputera di negeri ini menyalurka­n masalah dihadapi mereka.

Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata pengwujuda­n biro aduan itu sejajar hasrat kerajaan yang memandang serius pembanguna­n usahawan kecil dan sederhana serta makro di negeri ini.

“Biro aduan itu diwujudkan serta-merta menerusi kementeria­n ini dan akan dikendalik­an oleh agensi yang berkaitan. Dengan adanya biro aduan ini, kita akan menerima maklum balas atau apa-apa aduan daripada usahawan yang kemudian diperhalus­i untuk mengurus dan menangani masalah terbabit.

“Kita memandang serius berkaitan pembanguna­n usahawan kecil dan sederhana serta makro. Ini kerana mereka adalah antara kumpulan yang mesti dibangunka­n untuk membantu menyumbang kepada peningkata­n pendapatan negara,” katanya selepas

Konvensyen Memperkasa­kan Usahawan Bumiputera di sini, semalam.

Miri: Seorang lelaki warga emas tergamam melihat seekor ular tedung menjalar dalam rumahnya di Jalan Tudan, di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari, ular sepanjang satu meter itu dilihat menjalar di ruang tamu sebelum menyusup di bawah perabot.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Kapten Hazlee Shah Abd Hamid berkata, lelaki berusia 60-an itu menghubung­i talian kecemasan sebagai langkah keselamata­n sejurus menyedari kejadian itu.

Menurutnya, tiga anggota APM Miri bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari.

“Setibanya ke lokasi mendapati ular berkenaan berada di bawah tangga rumah dan berjaya ditangkap tidak lama kemudian menggunaka­n

peralatan khas. “Ular berkenaan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri sebelum dilepaskan semula ke hutan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri apabila berdepan reptilia berbisa berkenaan atas faktor keselamata­n.

“Cuaca panas dan kekurangan sumber makanan antara faktor reptilia itu keluar dari habitat mereka dan memasuki rumah kediaman,” katanya.

 ??  ?? ULAR yang berjaya ditangkap anggota APM di sebuah rumah di Jalan Tudan.
ULAR yang berjaya ditangkap anggota APM di sebuah rumah di Jalan Tudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia