Harian Metro

Siapa Raja Pecut baharu?

-

Ipoh: Tanpa juara bertahan Khairul Hafiz Jantan, pemilik gelaran Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 bakal bertukar tangan di Stadium Perak Ipoh, hari ini.

Acara riben biru itu akan menyaksika­n saingan tiga penjuru membabitka­n juara ketiga-tiga saringan antara Muhammad Aqil Yasmin dari Selangor, Muhammad Zulfiqar Ismail (Terengganu) dan Muhammad Haiqal Hanafi (Negeri Sembilan) selepas ketiga-tiganya mengunggul­i saingan separuh akhir.

Aqil paling mencuri tumpuan apabila mencatatka­n masa terpantas pada saringan pertama separuh akhir dengan catatan 10.66 saat (s) diikuti Haiqal 10.77s dan Zulfiqar 10.82s.

Bagaimanap­un, Zulfiqar melihat peluang untuk menang adalah seimbang biarpun mengakui masih belum dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan trek.

“Apa yang penting, saya perlu lebih fokus kerana perlu berlari dalam keadaan cuaca panas dan berangin,” katanya yang mencatat masa terbaik peribadi 10.40s di Jerman April lalu.

Sementara itu, Haiqal yang turut membarisi kuartet 4x100m di Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini berkata, apa yang perlu dilakukann­ya ialah bertenang.

“Saya tidak boleh terlalu yakin. Prestasi saya di separuh akhir agak memuaskan, tapi ia boleh diperbaiki terutama ketika di blok pelepasan.

“Faktor cuaca juga memainkan peranan dan selepas ini saya akan lihat balik rakaman larian dan cuba perbaikiny­a,” kata Haiqal yang mencatatka­n masa terbaik peribadi 10.47s di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura April lalu.

Dalam acara 100m wanita pula, pelari Sabah Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dijangka menerima tentangan daripada pelari kebangsaan, Azreen Nabila Alias dari Terengganu.

Namun, berdasarka­n prestasi semasa Azreen yang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu dilihat menjadi calon pilihan untuk dinobatkan sebagai Ratu Pecut SUKMA kali ini.

 ??  ?? HAIQAL (kanan) tidak mahu terlalu yakin.
HAIQAL (kanan) tidak mahu terlalu yakin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia