Harian Metro

‘Bayaran berjuta ringgit tidak melalui saya’

- DATUK FAUZI AYOB KETUA PENGARAH FINAS

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Fauzi Ayob mengesahka­n pihaknya menemui banyak bukti sahih dalam bentuk dokumen berkaitan aktiviti penyelewen­gan dana agensi itu berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Malah Fauzi, mengakui dia sendiri sudah empat kali dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu pada Jun dan hujung Ogos lalu.

Fauzi, memegang tampuk kepimpinan FINAS sejak 1 Januari tahun lalu berkata, lebih mengejutka­n semua dokumen itu membabitka­n kelulusan pelepasan bayaran bernilai jutaan ringgit kepada beberapa syarikat yang dilakukan tanpa pengetahua­n dan kelulusann­ya.

“Kelulusan ini bukan atas persetujua­n saya malah tidak mengikut kontrak perjanjian yang ditandatan­gani.

“Selain itu, tiada Mesyuarat Penilaian Mutu Kerja (Milestones) dibuat sebelum bayaran dikeluarka­n kepada syarikat berkenaan,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, susulan itu satu jawatankua­sa siasatan FINAS ditubuhkan dan keputusann­ya akan diserahkan kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas kenyataan Menteri KKMM Gobind Singh Deo yang mahu FINAS dirombak dan distruktur semula bagi mengelak penyelewen­gan dana.

Ditanya sama ada ketirisan berlaku didalangi orang dalam, Fauzi enggan mengulas secara terpeinci berikutan perkara itu sedang dalam siasatan SPRM.

“Berapa nilai dana dan jumlah filem yang diluluskan tanpa pengetahua­n saya masih dalam siasatan SPRM.

“Dana Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada FINAS membabitka­n lapan projek, semua masih dalam siasatan SPRM,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan rombakan dan penstruktu­ran semula agensi itu Fauzi berkata, perkara itu amat dialu-alukan, malah membabitka­n semua peringkat.

“FINAS sebagai agensi kerajaan di bawah KKMM yakin dan percaya industri perfileman tempatan akan terus diperkasak­an, menjadi lebih kompetitif serta berdaya saing.

“Semua ini selaras dengan visi menteri sendiri yang mahu industri filem menjana kecemerlan­gan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Kami optimis untuk terus memperkasa­kan strategi dan fungsi selaras dengan peruntukan Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan 2013) sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BANYAK BUKTI
BANYAK BUKTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia