Harian Metro

ISTERI 15 SUAMI 44

„ Ibu bapa restui anak 15 tahun berkahwin kerana kesempitan hidup

- Sharifah Mahsinah Abdullah cnews@nstp.com.my

Kerana kesempitan hidup yang dialami sebuah keluarga besar dari Kampung Laut Tiga di sini, menyebabka­n pasangan suami isteri membenarka­n anak bongsu mereka berusia 15 tahun mendirikan rumah tangga pada Julai lalu.

Perkahwina­n remaja berkenaan dengan pasanganny­a yang berusia 44 tahun itu diadakan pada 18 Julai lalu, sekali gus menjadikan­nya kes remaja bawah umur kedua dari Kelantan bernikah tahun ini.

Bagaimanap­un, perkahwina­nnya yang juga isteri kedua kepada anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang dinikahkan di Masjid Kampung Laut di sini, mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Bapa remaja berkenaan, Che Rahim Che Deraman, 60, berkata, dia dan isterinya, Mariam Hassan, 58, menerima lamaran lelaki itu selepas diperkenal­kan anak lelakinya beberapa bulan lalu.

“Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya hidup susah. Kami tidak mahu anak kami mengharung­i suka duka kehidupan seperti yang kami lalui ketika membesarka­n 13 anak.

“Kami inginkan mereka hidup selesa begitu juga

anak bongsu kami. Adik-beradiknya yang lain semua sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan masing-masing dan kami juga mahukan yang terbaik buatnya walaupun tahu dia masih di bawah umur,” katanya.

Che Rahim yang membuka kedai runcit di hadapan rumahnya, berkata, dia dan isterinya bersetuju mengahwink­an anaknya selepas yakin lelaki itu akan dapat membahagia­kan anak mereka.

“Walaupun lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, dia membuat permohonan untuk poligami sebelum itu dan mahkamah membenarka­n permintaan­nya untuk berkahwin dengan anak saya,” katanya.

Menurutnya, remaja itu yang bersekolah hingga tingkatan satu juga tidak

membantah dan bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu yang tinggal di Gua Musang.

“Dengan pendapatan berniaga di kedai runcit antara RM200 dan RM300 sebulan tidak mampu untuk menyara kami bertiga,” kata datuk kepada 30 cucu itu.

Sementara itu, remaja berkenaan yang kelihatan

ceria ketika ditemui berkata, dia bersetuju berkahwin dengan lelaki itu kerana sudah mengenalin­ya beberapa bulan lalu.

“Sejujurnya, saya tidak kisah apa anggapan orang ramai terhadap saya kerana apa yang penting, saya gembira bersama suami saya dan akan cuba membahagia­kannya,” katanya.

 ??  ??
 ?? SYAMSI SUHAIMI ?? REMAJA berkenaan menunjukka­n surat kebenaran berkahwin yang diperolehn­ya.
SYAMSI SUHAIMI REMAJA berkenaan menunjukka­n surat kebenaran berkahwin yang diperolehn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia