Harian Metro

AHMAD IDHAM

-

Transforma­si Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi bagi menyelamat­kan industri perfileman negara.

Pengarah dan penerbit terkenal Ahmad Idham Ahmad Nadzri percaya wujud pelbagai salah laku dan penyelewen­gan dalam pengurusan FINAS terdahulu yang memerlukan campur tangan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ada isu kenaikan pangkat yang mana orang tidak boleh buat kerja disuruh pegang portfolio besar, berbincang dengan pegawai dia, akhirnya sendiri tak faham apa yang dia buat.

“Jadi macam mana industri hendak maju, sampai bila kita hendak bergantung kepada FINAS yang lemah kerana rasuah bukan saja duit, tapi rasuah pemikiran dan budaya bodek-membodek menteri.

“Saya yakin masih ramai pegawai yang bersubahat dan terbabit dengan rasuah, sebab itu kita mohon SPRM mencuci

FINAS habis-habisan,” katanya.

Katanya, dia tidak terkejut mengenai laporan bersiri mengenai ketirisan dana FINAS yang disiarkan akhbar ini, malah mengakui perkara itu memang wujud sejak sekian lama.

“Kalau benda itu (seleweng dana FINAS) berlaku, isunya ramai orang melihat

FINAS itu satu tempat mereka boleh rompak duit.

“Tetapi mereka lupa penghujung­nya orang akan nampak hasil kreativiti kerana nilainya tidak boleh disorok.

“Jadi saya tidak terkejutla­h kalau dapat dana tetapi karya tidak siap sebab dia tidak boleh buat kerja serta tiada kelayakan. Benda ini saya sudah nampak lama,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 18 tahun terbabit dalam dunia pengarahan filem tempatan, beliau tidak pernah memperoleh dana yang diperuntuk­an untuk penggiat filem.

“Saya memang pernah mohon dua kali sekitar 2008 dan 2009, namun tidak diluluskan. Tidak mengapalah mungkin ketika itu saya masih baru dalam industri ini,” katanya.

 ??  ?? BAGI CUCI
BAGI CUCI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia