Harian Metro

HANS ISAAC

-

“Jangan politikkan industri perfileman tempatan dan sebagai pengkarya, mereka mestilah berusaha mencari dana sendiri.”

Itu nasihat penerbit,pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac kepada pengkarya industri perfileman tempatan.

Beliau berkata, pengkarya perlu mengubah pemikiran mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada dana kerajaan untuk menerbitka­n filem.

Menurut pengarah filem Baik Punya Cilok itu, beliau pernah memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sekali saja untuk menerbitka­n filem Lemak Kampung Santan (LKS) pada 2013.

“Dana itu dipohon bagi melakukan teknik Pengimejan Berkompute­r (CGI) dalam LKS dan dana itu saya minta FINAS salurkan terus kepada syarikat terbabit tanpa saya mengambil sedikit pun daripada peruntukka­n yang diberikan.

“Saya ikhlas berkarya dan dana FINAS itu adalah wang kerajaan dan rakyat. Jadi saya mesti menggunaka­n dana itu dengan cara terbaik dan betul,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam, berikutan beliau berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Hans berkata, FINAS sepatutnya memberikan dana filem itu kepada syarikat berlesen dan mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi.

“Syarikat itu mesti ada rekod yang bagus dan FINAS perlu memantau pembikinan filem daripada awal sehinggala­h ia ditayangka­n di pawagam.

“Pemberian dana hanya kepada beberapa syarikat saja tidak sepatutnya berlaku dan FINAS perlu ada penilai bebas sebelum dana diluluskan,”

 ??  ?? USAH POLITIKKAN
USAH POLITIKKAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia