Harian Metro

YUSOF HASLAM

-

Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berkata, rombakan dan penstruktu­ran FINAS amat perlu perlu demi kebaikan industri perfileman negara.

“Saya nampak orang yang tiada kaitan dengan industri pun ambil kesempatan buat filem semata-mata untuk keuntungan sedangkan ramai lagi penggiat filem lain yang lebih layak sepatutnya menerima dana itu.

“Pemilihan itu perlu telus berilah peluang kepada penggiat filem yang bagus tetapi jangan berikan kepada yang namanya saja ‘penggiat’ tetapi entah datang dari dunia mana.

“Jadi demi kebaikan industri, saya harap satu rombaka baik dapat dilakukan dalam FINAS demi masa imej dan depan industri kita,” katanya. Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas jika benar berlaku penyelewen­gan dan ketirisan dana FINAS kerana ia boleh menghancur­kan industri.

“Perkara ini masih dalam siasatan, jadi kita biarkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n tugas mereka,” katanya.

Yusof berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak dan individu berkenaan jika terbukti berlaku penyelewen­gan dana.

Menurutnya, FINAS bukan gudang untuk mengaut keuntungan atas angin atau tempat curi duit tetapi sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentinga­n dan memajukan industri perfileman tempatan.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang sekurang-kurangnya menjadi iktibar kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan.

Pendapat sama turut disuarakan pengarah Mamat Khalid yang merumuskan jika penstruktu­ran semula agensi itu membawa kebaikan, usaha ia patut diteruskan.

“Pembabitan saya dengan FINAS tidak begitu kerap, cuma menganjurk­an bengkel kerja saja,” katanya.

 ??  ?? BIAR TELUS
BIAR TELUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia