Harian Metro

Aqil curi tumpuan

-

Tanpa kelibat Khairul Hafiz Jantan mahupun Badrul Hisyam Abdul Manap, pelari Selangor Muhammad Aqil Yasmin pantas mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 apabila mengunggul­i saingan 100 meter di Stadium Perak, semalam.

Ketika tumpuan saingan lebih terarah kepada Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail yang berpengala­man beraksi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini, Aqil membuktika­n tiada yang mustahil jika berusaha memberi yang terbaik.

Biarpun tidak memegang status sebagai atlet kebangsaan dan hanya berlatih di bawah bimbingan jurulatih luar, Simon Lau, Aqil mempamerka­n larian penuh bertenaga untuk muncul pelari terpantas dengan masa 10.39 saat (s).

Haiqal pula menamatkan peribadi itu mengubati kekecewaan­nya dua tahun lalu apabila sekadar menduduki tempat keempat.

“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Alhamdulil­lah saya berjaya melakukan catatan terbaik peribadi berbanding catatan sebelum ini 10.48s.

“Saya hanya fokus kepada larian dan nasihat jurulatih memang membantu saya untuk mengekalka­n rentak larian,” katanya.

Sementara itu, pelari muda Terengganu Azreen Nabila Alias melakar kejayaan berganda apabila muncul sebagai Ratu Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, selain mengukir nama selaku pemegang rekod baharu dalam acara 100 meter (m).

Pelari muda itu memadamkan rekod berusia 10 tahun dalam acara itu dengan catatan 11.81 saat (s) sekali gus meleburkan rekod milik Siti Fatima Mohamad 11.82s yang dilakukann­ya ketika SUKMA Terengganu 2008.

Atlet berusia 18 tahun itu menewaskan dua pelari Sabah, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas yang mencatat masa 12.17s dan Ikma Syaffiera Duris (12.28s).

“Saya bersyukur dengan kejayaan hari ini, apatah lagi, saya berjaya memperbaik­i pencapaian dua tahun lalu apabila sekadar meraih perak.

“Saya sasar raih emas tapi tidak jangka dapat pecah rekod kejohanan,”

„ Pelari Selangor dinobatkan Raja Pecut SUKMA 2018

katanya.

 ??  ?? AKSI Aqil Yasmin (dua dari kiri) memenangi emas acara 100 meter lelaki.
AKSI Aqil Yasmin (dua dari kiri) memenangi emas acara 100 meter lelaki.
 ??  ?? AZREEN menunjukka­n emas dimenangin­ya.
AZREEN menunjukka­n emas dimenangin­ya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia