Harian Metro

Isteri, dua anak konstabel masih kritikal

-

Kangar: Isteri dan dua anak Konstabel Muhammad Amirul Naim Aziz yang maut dalam kemalangan ketika ribut di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar Isnin lalu, dilaporkan masih kritikal dan belum sedarkan diri.

Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superinten­dan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, isteri anggotanya itu, Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, serta dua anaknya, Mia Iris Safiya, 2, dan Maya Iris Safiya, empat bulan masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Menurut laporan perubatan yang kita terima, ketiga-tiga mereka belum sedar dan masih berada di zon merah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

“Sehingga kini maklumat yang kami terima, mereka tidak dibenarkan menerima pelawat dan hanya waris sahaja dibenarkan menunggu,” katanya ketika ditemui di Mes Pegawai Kanan IPK Perlis, semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata, pihaknya akan berusaha memastikan kebajikan balu dan dua anak anggotanya itu terjamin selepas mereka kembali pulih nanti.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu Muhammad Amirul dan keluargany­a bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dipandu Hafiz Johari, 30-an, dan isteri Siti Asmah Abdul Khalid, 27.

Kemalangan itu menyebabka­n Muhammad Amirul, Hafiz dan Siti Asmah yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak keduanya, kelmarin maut di tempat kejadian.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia