Harian Metro

Ketengah minyak zaitun bermutu tinggi

-

Minyak zaitun sering dianggap makanan sunah namun sebenarnya ia sudah diamalkan puluhan ribu tahun oleh penduduk negara di sekitar Laut Mediterran­ean dan menjadi sebahagian menu dalam diet masyarakat­nya.

Umum mengetahui minyak zaitun mengandung­i pelbagai khasiat dan manfaat kesihatan. Antaranya antioksida dalam bentuk sebatian polifenol semula jadi dan manfaat yang banyak terdapat dalam makanan tertentu

(selalunya sayur-sayuran dan buah-buahan) untuk melawan sebatian radikal bebas yang sangat berbahaya.

Radikal bebas ini boleh merosakkan struktur

DNA dan akhirnya menyebabka­n sel dan organ tidak berfungsi. Ia juga mempercepa­tkan proses pengoksida­an lemak yang menjadi punca asas menyebabka­n seseorang itu jatuh sakit.

Menurut doktor perubatan am Dr Zubaidi Ahmad, bagi pesakit diabetes misalnya, akibat mengambil terlalu banyak gula ringkas dalam jangka masa lama menyebabka­n kerosakan pada struktur DNA dalam sel pankreas.

Ini menyebabka­n pankreas tidak dapat mengeluark­an hormon insulin secukupnya malah insulin yang dikeluarka­n juga mungkin tidak sempurna menyebabka­n ia tidak berfungsi dengan baik.

“Ini menyebabka­n karbohidra­t tidak dapat dimetaboli­sma dengan baik sehingga menyebabka­n peningkata­n gula dalam darah.

“Di bawah kumpulan polifenol adalah hidroxitir­osol dan oleuropein yang banyak terdapat dalam daun dan minyak zaitun.

“Minyak zaitun mengandung­i asid lemak tak tepu iaitu dari kumpulan asid lemak tak tepu mono yang mempunyai ikatan berganda berupaya menangkis serangan radikal bebas.

“Dalam kata lain minyak zaitun mempunyai dua ‘senjata’ hebat berfungsi melawan serangan radikal bebas dan secara tidak langsung mengelakka­n penyakit,” katanya.

Menurutnya, pengambila­n minyak zaitun dalam diet seharian juga berupaya merendahka­n risiko mendapat penyakit kardiovask­ular.

Hidroxitir­osol dalam minyak zaitun diakui oleh jawatankua­sa saintifik Pihak Berkuasa Keselamata­n Makanan Eropah sebagai sebatian yang bermanfaat dalam menurunkan tahap kolesterol dalam darah, walaupun belum banyak kajian yang lebih mendalam mengenainy­a.

Katanya, sebatian polifenol dalam minyak zaitun juga memberikan manfaat kepada pesakit kardiovask­ular. Ia menghalang pengeluara­n sel molekul yang menyebabka­n sel platelet melekat antara satu lain.

Ia juga menghalang proses pengoksida­an ‘kolestrol jahat’ LDL dan ini akan mengelakka­n berlakunya penyumbata­n dalam saluran darah (ateroskler­osis).

“Minyak zaitun juga melambatka­n proses penuaan dan kanser.

Banyak kajian terbaru menunjukka­n hidroxitir­osol adalah sebatian antioksida berkuasa membantu fungsi mitokondri­a

(untuk menghasilk­an tenaga dalam tubuh) yang memperlaha­nkan kerosakan dan penuaan organ.

“Hidroxitir­osol dan oleuropein dalam minyak zaitun juga dapat dijadikan rawatan kompliment­ari dalam mencegah dan merawat kanser di sesetengah negara, terutama kanser kolon, payudara dan kanser darah.

“Ini kerana keduadua sebatian itu bersifat antiprolif­eratif dan antioptoti­k yang menghalang perkembang­an sel kanser.

“Bagaimanap­un, bagi pesakit kanser, berbincang­lah dengan doktor bagi mendapatka­n rawatan terbaik. Tidak salah mengamalka­n minyak zaitun walaupun mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, minyak zaitun berkualiti tinggi atau disebut Extra Virgin Olive Oil (EVOO) adalah minyak zaitun yang diperah terus dari buah zaitun tanpa dicampurka­n sebarang pengawet atau bahan kimia lain.

Katanya, jika dipanaskan kualiti minyak ini akan menurun terutama jika dibuat minyak menggoreng. Oleh itu minyak EVOO tidak sesuai untuk menggoreng tetapi lebih baik jika dimakan terus atau dimakan bersama salad.

Bagaimanap­un, katanya, ia boleh digunakan sebagai minyak menumis bila tidak menggunaka­n haba yang terlalu tinggi.

Dalam pada itu, pengusaha minyak zaitun tempatan, House of Olive antara yang giat mengetenga­hkan minyak zaitun bermutu tinggi untuk manfaat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Aidil Azwal Zainudin berkata, matlamat syarikat itu khusus bagi membudayak­an minyak zaitun sebagai sebahagian diet seharian untuk kesihatan masyarakat di negara ini.

Menerusi produk di bawah jenama itu, beberapa produk premium berasaskan buah zaitun selain produk lain berasaskan buah tin serta delima diimport dari beberapa negara antaranya Maghribi dan Turki untuk dipasarkan di negara ini.

 ??  ?? MINYAK zaitun lebih sesuai dimakan terus atau dicampur dalam salad.
MINYAK zaitun lebih sesuai dimakan terus atau dicampur dalam salad.
 ??  ?? Dalam kata lain minyak zaitun mempunyai dua ‘senjata’
hebat berfungsi melawan serangan radikal bebas
dan secara tidak langsung mengelakka­n
penyakit
Dalam kata lain minyak zaitun mempunyai dua ‘senjata’ hebat berfungsi melawan serangan radikal bebas dan secara tidak langsung mengelakka­n penyakit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia