Harian Metro

Bayi, budak sengsara

„ Jutaan kanak-kanak diancam kebuluran akibat penutupan pelabuhan Hodeidah

- Agensi

FAKTA Lebih lima juta kanak-kanak menghadapi risiko perang

Bayi terlalu lemah untuk menangis akibat ketiadaan tenaga kerana kekurangan makanan, manakala jutaan lagi tertanya-tanya bila akan dapat makan antara gambaran penderitaa­n kanak-kanak di Yaman akibat perang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Save the Children Internatio­nal, Helle Thorning-Schmidt berkata, perang di Yaman boleh membunuh generasi kanak-kanak yang menghadapi pelbagai ancaman, daripada bom hinggalah kelaparan serta penyakit seperti taun.

Pertubuhan itu menganggar­kan lebih lima juta kanak-kanak menghadapi risiko perang yang menyebabka­n harga makanan dan bahan api menjadi mahal.

Reuters melaporkan, tentera pakatan diketuai Arab Saudi menutup pelabuhan Hodeidah dengan alasan bagi mengelak penghantar­an senjata, namun langkah itu turut menyebabka­n penghantar­an bekalan makanan dan perubatan serta keperluan lain tidak dapat dilakukan.

“Gangguan walaupun kecil terhadap bekalan makanan, minyak dan perubatan melalui pelabuhan itu boleh menyebabka­n ratusan ribu kanak-kanak yang kekurangan zat mati,” kata wakil pertubuhan itu di Yaman, Tamer Kirolos.

Hodeidah ialah pelabuhan utama di negara Arab yang miskin itu dengan pertubuhan kebajikan antarabang­sa menganggar­kan kira-kira 8.4 juta pendudukny­a, termasuk kanak-kanak di ambang kebuluran.

AFP melaporkan, Helle berkata: “Setiap hari jutaan kanak-kanak tidak tahu bila mereka akan dapat makan.

“Di sebuah hospital yang saya kunjungi, ramai bayi tidak mampu menangis, tubuh mereka keletihan akibat kelaparan.”

Pelabuhan Hodeidah dan kawasan sekitarnya menjadi sasaran utama serangan udara tentera pakatan kerana pelabuhan itu dikuasai pemberonta­k Houthi. Serangan dipertingk­atkan bulan ini dalam usaha menawan pelabuhan itu selepas kegagalan rundingan damai.

Arab Saudi dan sekutunya masuk campur dalam perang di Yaman pada 2015 bagi mengelak kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi digulingka­n, menuduh Iran cuba mengembang­kan pengaruh dengan menyokong pemberonta­k Houthi yang berfahaman Syiah.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 28,000 orang terbunuh atau cedera dalam perang itu dengan tiga juta menjadi pelarian. Ribuan penduduk mati akibat kekurangan zat dan penyakit.

Jutaan kanak-kanak yang kekurangan zat kini di ambang maut kerana tubuh mereka tidak mampu melawan penyakit walaupun yang tidak bahaya kepada manusia yang cukup zat.

 ??  ?? BAYI yang sakit di Sana’a menunggu dipindahka­n oleh agensi PBB untuk rawatan dan gambar kanan, kanak-kanak perempuan minum dari tangki air yang disediakan di kem pelarian dekat pelabuhan Hodeidah, Yaman. - EPA/AFP
BAYI yang sakit di Sana’a menunggu dipindahka­n oleh agensi PBB untuk rawatan dan gambar kanan, kanak-kanak perempuan minum dari tangki air yang disediakan di kem pelarian dekat pelabuhan Hodeidah, Yaman. - EPA/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia