Harian Metro

Buang air kecil

-

dan dua adiknya itu baru pulang menghantar bapa mereka, Abdullah Ismail, 48, di jeti Kok Majid tidak jauh dari kampung itu yang ingin ke tempat kerja di Kota Bharu.

“Selepas pulang dari jeti Kok Majid, kami bertiga menghala pulang dan sebaik tiba di jeti Kampung Pulau Beluru, Awatif terus naik ke jeti dan memberitah­u seorang lagi adik, Mohd Zulfadqri, 11, dia ingin membuang air kecil.

“Saya ketika itu sedang menambat perahu dan terkejut apabila Zulfadqri tiba-tiba memberitah­u Awatif terjatuh ke dalam sungai.

“Saya segera terjun di tem- pat Awatif terjatuh dan meraba di dasar sungai dan tidak dapat menyelam kerana air sedang pasang namun tidak menemuinya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tumpat di sini, semalam.

Mohd Zulfadhli terus mengarahka­n Mohd Zulfadqri memanggil ibu mereka di rumah tidak jauh dari jeti berkenaan dan orang kampung turut dimaklumka­n.

Usaha mencari Nurawatif dibuat sekumpulan penduduk kampung yang mengambil keputusan mengesan mangsa menggunaka­n peralatan mencandat sotong dan mengail.

Lebih 20 penduduk kampung berusaha mencari mangsa dan dua jam kemudian mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira lima meter dari lokasi jatuh apabila seluarnya tersangkut di alat mencandat sotong seorang penduduk kampung.

Mohd Zulfadhli berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu sering mengikutin­ya menghantar bapa mereka ke jeti Kok Majid dan akan makan dan minum terlebih dahulu di sebuah kedai kopi di jeti berkenaan.

“Tapi malam tadi Awatif tidak makan dan hanya minum air seteguk saja sebelum meminta telefon bimbit saya untuk bermain permainan video.

“Ada sedikit perubahan ditunjukka­n adik saya apabila dua hari kebelakang­an ini dia terus tidur sebaik pulang dari sekolah, sedangkan sebelum ini aktif bermain di luar rumah namun kami tidak menjangkak­an sesuatu yang pelik,” katanya.

 ??  ?? MAYAT Nurawatif Damia dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
MAYAT Nurawatif Damia dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
 ??  ?? NURAWATIF Damia
NURAWATIF Damia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia