Harian Metro

‘Saya tetap di sini’

-

Kuala Lumpur: “Anda akan tetap melihat saya di sini dan pihak berkuasa tidak boleh menghalang saya menjadi peguam bela Datuk Seri Najib Razak.”

Demikian jawapan peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditanya apakah beliau akan meneruskan pembelaan kes membabitka­n bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 32 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

“Apa yang saya lihat sekarang mengesahka­n apa yang beliau sudah nyatakan. Beliau tidak pernah mengubah kenyataann­ya kepada saya, walaupun sekali,” katanya pada sidang media selepas pendakwaan terhadap Najib di Kompleks Mahkamah di sini, semalam.

Muhammad Shafee berkata, Najib memulangka­n lebih 90 peratus dana yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Katanya, walaupun tidak mengetahui pemilik asal wang berkenaan, beliau tetap memulangka­n wang itu kembali kepada akaun pemiliknya.

“Pengembali­an wang itu itu dinyatakan dalam pertuduhan. Dia tidak tahu siapa tuan punya akaun berkenaan, kecuali sangkaanny­a adalah ia dari Arab Saudi yang memberikan beliau sebagai derma untuk aktiviti politik memandangk­an pilihan raya 2013 berlaku pada 5 Mei,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas pilihan raya bermula Jun, Julai dan Ogos, wang berkenaan sudah mula dikembalik­an.

Muhammad Shafee berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap anak guamnya adalah terdesak.

“Saya agak terkejut dan gembira kerana pendakwaan ini tidak menunjukka­n apa-apa secara mendalam dan jelas membuktika­n pihak berkuasa terdesak untuk membawa pertuduhan berhubung 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad).

“Mereka membawa pertuduhan berkaitan dengan 1MDB hanya kerana terpaksa melaksanak­an manifesto pilihan raya,” katanya.

 ?? ASYRAF HAMZAH DAN ZUNNUR AL SHAFIQ ?? SUASANA dalam mahkamah ketika jurubahasa membacakan pertuduhan terhadap Najib, semalam. MUHAMMAD Shafee
NAJIB melambai tangan kepada jurugambar sebelum beredar. PASUKAN Simpanan Persekutua­n (FRU) membuat halangan di pintu masuk mahkamah.
ASYRAF HAMZAH DAN ZUNNUR AL SHAFIQ SUASANA dalam mahkamah ketika jurubahasa membacakan pertuduhan terhadap Najib, semalam. MUHAMMAD Shafee NAJIB melambai tangan kepada jurugambar sebelum beredar. PASUKAN Simpanan Persekutua­n (FRU) membuat halangan di pintu masuk mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia