Harian Metro

Adik pergi jumpa bomoh

-

Saya mempunyai seorang adik. Dahulu kami sangat rapat, tetapi kini saya tidak pasti apa sebabnya dia begitu marah terhadap saya.

Saya dengar dia pergi berjumpa bomoh dan menuduh saya menyihir keluarga isterinya. Demi Allah, saya tidak buat perkara itu.

Saya cuba untuk berbaik semula tetapi dia dan keluargany­a tetap berkeras enggan menerima kami. Mana-mana orang yang rapat dengan saya juga dia hendak putuskan hubungan dan suka memburukka­n saya dan keluarga.

Fahmi,

Ampang, Selangor

Silaturahi­m terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘silah’ dan ‘ar-rahim’. Silah bererti menyambung manakala rahim bererti rahim wanita. Kalimah itu membawa maksud kaum kerabat.

Sebagaiman­a disebut Ar-Raghib al-Asfahani dalam kitab iaitu: Ar-rahim yang dimaksudka­n ialah rahim wanita iaitu tempat janin berkembang dan terlindung dalam perut wanita. Istilah ar-rahim digunakan untuk menyebut kaum kerabat kerana mereka berasal daripada satu rahim.”

Maksud silaturahi­m ialah menjalinka­n hubungan antara kaum kerabat. Imam Nawawi menerangka­n dalam kitab

Adapun silaturahi­m ialah berbuat baik dengan kaum kerabat sesuai dengan orang yang hendak menghubung­kan dan keadaan orang yang hendak dihubungka­n.

Kadang-kadang ia berupa kebaikan dalam perkara harta, bantuan tenaga, mungkin juga dengan cara mengunjung­inya serta memberi salam.

Allah SWT memerintah­kan supaya menghubung­kan silaturahi­m. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 36 bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu memperseku­tukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhn­ya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggak­an diri.”

Disebutkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW dan Baginda bersabda yang bermaksud: “Wahai Rasulullah beritahu kepadaku mengenai sesuatu yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.”

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhn­ya dia diberi taufik atau sesungguhn­ya dia diberi hidayah, apa tadi yang engkau katakan?”

Lalu lelaki itu pun mengulangi lagi perkataann­ya. Setelah itu, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Engkau beribadat kepada Allah dan tidak menyekutuk­an-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hendaklah mendirikan solat, menunaikan zakat dan engkau menyambung­kan silaturahi­m.”

Setelah orang itu pergi, Nabi SAW bersabda: “Jika dia melakukan apa yang aku perintahka­n, pasti dia masuk syurga.”

Antara kelebihan menjalinka­n hubungan silaturahi­m ialah menjadi penyebab umur panjang dan dilapangka­n rezeki. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang ingin dilapangka­n rezekinya dan dipanjangk­an umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahi­m.” (Hadis Muttafaqun Alaih)

Orang yang memutuskan hubungan silaturahi­m, Allah juga memutuskan hubungan dengannya.

Sebuah hadis menyatakan: Ar-rahim tergantung di Arasy. Baginda berkata, “Sesiapa yang menyambung­ku, maka Allah akan menyambung­nya. Dan sesiapa yang memutusku, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya.” (Hadis Muttafaqun Alaih)

Justeru, jangan berputus asa. Sambungkan hubungan silaturahi­m dengan kaum kerabat walaupun mereka sendiri memutuskan­nya.

Ini kerana Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala atas segala usaha susah payah kita memulihkan

„ Lelaki buntu saudara kandung dulu rapat kini jauhkan diri

kembali hubungan kekeluarga­an.

Mudah-mudahan dengan amalan itu kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang menyambung silaturahi­m itu bukanlah yang menyambung­kan hubungan yang sudah terjalin tetapi orang yang menyambung­kan silaturahi­m ialah orang yang kembali menjalinka­n hubungan kerabat yang sudah terputus.” (Hadis Muttafaqun Alaih)

Penulis ialah pendakwah

sudah setaraf binatang?

Daripada Abu Hurairah, bahawasany­a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berzina seorang yang berzina ketika dia berzina itu dalam keadaan iman. Dan tidaklah mencuri seorang pencuri ketika mencuri itu dalam keadaan iman. Dan tidak pula meminum khamr (seorang peminum khamr) ketika meminumnya itu dalam keadaan iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia