Harian Metro

Teknologi moden ‘penggalak’ maksiat

-

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansari al-Badri, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhn­ya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang engkau mahu.’” (Riwayat Bukhari)

Pada zaman teknologi ini, banyak aplikasi telefon pintar yang mendorong ke arah perbuatan maksiat.

Lambakan aplikasi membuatkan kita tidak mampu untuk mengetahui semuanya.

Sesetengah aplikasi popular perlu dikaji kesannya kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat.

Ada beberapa aplikasi yang menjadi jalan mudah buat golongan remaja menjadi popular dalam sekelip mata.

Selain itu, ia turut mampu memberikan peluang kepada mereka memperoleh wang asalkan sanggup melakukan perkara dimahukan.

Ibu bapa perlu sentiasa memantau perkembang­an anak mereka. Perhatikan perubahan pelik yang berlaku terhadap mereka.

Sudah tentu ia bukan satu tugas mudah kerana anak hari ini bijak menyembuny­ikan kegiatan ‘gelap’ mereka.

Sesetengah fungsi aplikasi di telefon pintar memudahkan lagi tujuan itu. Sesetengah ibu bapa yang tegas tidak langsung memberi anak mereka menggunaka­n telefon pintar ketika zaman persekolah­an.

Ada juga ibu bapa hanya memberikan anak mereka menggunaka­n

iaitu telefon yang hanya mempunyai fungsi asas bagi memudahkan mereka berhubung dan memantau anak mereka.

Aplikasi telefon pintar turut menyumbang kepada kes curang dalam rumah tangga.

Banyak kes yang sering kita dengar dan baca adalah akibat kecurangan pasangan yang mula berhubung semula dengan teman lama menerusi

di sekolah atau universiti.

Cinta monyet yang tidak kesampaian juga boleh berputik semula apabila melihatkan si dia yang dahulu kelihatan tidak menarik tetapi kini sudah semakin cantik dan pandai bergaya.

Begitu juga dahulu individu berkenaan kurang berkeyakin­an tetapi kini kelihatan semakin yakin dan matang.

Ketika di universiti dahulu, penulis pernah menyaksika­n gelagat cinta monyet yang kembali bertaut dalam kalangan guru yang menyambung pengajian mereka secara sepenuh masa.

Jika mereka dalam kalangan janda, duda atau teruna dan dara tidak mengapa, sebaliknya keduaduany­a sudah berumah tangga. Kemesraan mereka pula mengalahka­n orang muda yang sedang hangat dilamun cinta.

Terdapat juga kumpulan Facebook yang menjadi ruang mencari pasangan berkenalan secara rambang sebelum ramai yang berakhir dengan kegiatan seks bebas.

Sesiapa saja yang masuk ke dalam kumpulan itu sudah sedia maklum tujuan ia diwujudkan.

Ada yang mencari skandal, mencari

dan ada juga yang mencari kekasih gelap.

Apabila kita mengkaji dengan mendalam masalah sosial hari ini, kita tertanya-tanya adakah maruah diri sebagai manusia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia