Harian Metro

Ceti baling tukang masak dengan telur

-

Kuantan: Seorang lelaki dipercayai ceti haram atau along di Jalan Setali di sini, ditahan selepas disyaki memeras ugut tukang masak dengan membaling telur dan menampal kertas salinan kad pengenalan mangsa di hadapan kedai makan ayahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superinten­dan Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan Selasa lalu selepas lelaki berusia 22 tahun itu membuat laporan polis kerana along itu mengenakan kadar faedah tinggi dan mengugut mangsa.

“Mangsa dikatakan membuat pinjaman RM40,000 sejak sebulan lalu dan membayar RM70,000.

“Bagaimanap­un, suspek mendakwa mangsa ada lagi hutang RM10,000.

“Suspek dikatakan mengenakan kadar faedah 15 hingga 20 peratus seminggu kepada mangsa.

“Suspek menggugut mangsa dengan membaling telur selain menampal salinan kad pengenalan di hadapan kedai makan ayahnya di Jalan Haji Ahmad di sini, pada awal bulan ini.

“Tujuan suspek melakukan perkara berkenaan sebagai tanda amaran kepada mangsa supaya menyelesai­kan pembayaran pinjaman berkenaan dengan segera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.

Bertindak atas maklumat itu, Kama Azural berkata, pihaknya menahan suspek di hadapan sebuah rumah jam 4 petang.

Hasil penahanan itu, beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk menghantar maklumat berkenaan sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan banting iklan pinjaman wang.

“Suspek kini ditahan reman mulai kelmarin sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara hingga lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? KAMA Azural (kanan) menunjukka­n iklan ceti haram yang dirampas.
KAMA Azural (kanan) menunjukka­n iklan ceti haram yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia