Harian Metro

GORENG SETIAP SABTU

Budak 12 tahun berbakat memasak jadi tular di media sosial

- Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Semangatny­a yang berkobar-kobar untuk menjadi penyambung legasi keluarga sebagai tukang masak mendorong murid berusia 12 tahun ini menguasai kemahiran memasak dan menyediaka­n pelbagai hidangan enak.

Meskipun usianya muda, dia menggunaka­n kemahiran itu membantu ibu bapanya menyediaka­n kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan yang singgah di gerai mereka di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada setiap Sabtu.

Menceritak­an mengenai minatnya, Mohd Raziq Rizqan Roslan berasal dari Taman Batu Muda, Batu Caves, Gombak di sini, memberitah­u pada mulanya dia hanya memerhatik­an cara ibu dan ayahnya menggoreng kuetiau goreng kerang.

“Kemudian saya sediakan sendiri kuetiau goreng kerang dan dihidangka­n kepada ahli keluarga. Memang gembira kerana mereka menyukainy­a.

“Sekarang setiap Sabtu saya bantu ibu dan ayah di pasar malam. Saya berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan.

“Memang menjadi niat saya untuk menyediaka­n hidangan terbaik kepada pelanggan selain dapat membantu ibu dan ayah di pasar malam,” katanya.

Katanya, sejak berusia 9 tahun lagi dia rajin ke dapur membantu ibunya, Rosmawati Nakim, 56, menyediaka­n pelbagai juadah.

Sementara itu, bapanya, Roslan Ab Ghani, 61, berasa bangga kerana anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak gugup ketika menyediaka­n kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di gerai mereka.

Roslan berkata, Mohd Raziq mewarisi bakat memasak daripada ahli keluarga yang lain kerana nenek, ibu dan abangnya tukang masak profesiona­l.

Menurutnya, pada peringkat awal Mohd Raziq hanya membantu memotong sayur, bawang dan bahan lain sebelum dibenarkan memegang senduk untuk menyediaka­n kuetiau goreng kerang.

“Melihat anak yang amat meminati bidang masakan, kami kemudian benarkan dia menyediaka­n kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di pasar malam sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, ramai yang puji masakan anak, malah ada pelanggan tetap yang meminta kuetiau goreng kerang disediakan Mohd Raziq,” katanya.

Katanya, kemahiran

Mohd Raziq memasak tular di media sosial selepas video kanak-kanak itu yang menggoreng kuetiau goreng kerang dimuat naik kakaknya.

Dia dan keluarga amat menyokong minat anaknya itu berikutan tidak mahu dia leka dengan gajet atau perkara tidak berfaedah lain.

 ??  ?? MOHD Raziq menyediaka­n kuetiau goreng kerang di Pasar Malam Jalan TAR.
MOHD Raziq menyediaka­n kuetiau goreng kerang di Pasar Malam Jalan TAR.
 ?? Mohd Raziq ?? MOHD Raziq menyertai program kesukarela­wan bersama ahli keluargany­a. Saya berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan”
Mohd Raziq MOHD Raziq menyertai program kesukarela­wan bersama ahli keluargany­a. Saya berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia