Harian Metro

janji tak akan sombong

Sarah akui baru kini dia mempunyai kelompok peminat sendiri

- DARI MUKA R29

“Bukan itu saja, saya juga tidak mahu terlalu banyak ‘complain’. Apa saya buat ini datang daripada diri sendiri dan bukannya atas arahan orang lain. Pada masa sama, ayah sentiasa berpesan perkara sama.

“Kalau suatu hari berada di atas, saya berjanji tidak akan sombong. Tanpa adanya sokongan semua pihak terutama peminat, saya tidak akan boleh pergi jauh,” katanya.

Menyentuh soal populariti yang dilihat naik mendadak sepanjang pembabitan dalam program itu, Sarah mengakui baru mempunyai kelompok peminat sendiri.

Sarah yang dicungkil bakatnya menerusi laman YouTube berkata, dia tidak pernah menjangka ada peminat yang sudi memberi sokongan dengan mengundi di aplikasi muzik Tik Tok.

“Pada tiga minggu pertama, saya sering berada pada kedudukan tiga terbawah menerusi undian Tik Tok. Selepas itu, baru ia meningkat naik dan kekal konsisten.

“Sejujurnya, saya terkejut dan baru sedar ada peminat yang sudi menyokong. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana tanpa henti mengundi saya,” katanya.

Mengenai imej dan penampilan dibawa, Sarah berkata, dia selesa untuk kekal dengan gaya Muslimah iaitu mengelak daripada memakai pakaian ketat.

“Orang selalu cakap, ada juga wanita bertudung tapi kelihatan seksi. Macam saya, kalau boleh nak elak sebegitu. Saya selesa berpenampi­lan sebegini dengan pakaian sedikit longgar.

“Cuma, sepanjang pertanding­an ini ada ketika saya tidak boleh elak dan kena ikut permintaan pihak produksi. Namun, dari segi rekaan baju yang dipakai saya kena tengok dulu,” katanya.

Cipta keyakinan

Berkongsi mengenai pembabitan dalam program itu, Sarah berkata, dia dapat meningkatk­an tahap keyakinan dalam diri.

Menurut Sarah, sebelum ini dia tidak pernah berasa yakin untuk menyanyi depan khalayak kerana berasa tidak layak menjadi penyanyi.

“Diakui dulu tahap keyakinan saya kosong. Saya tidak pernah ada pengalaman menyanyi depan orang ramai. Dalam program ini, ia kali pertama untuk saya. Alhamdulil­lah, sepanjang tujuh minggu ini sedikit demi sedikit keyakinan wujud dalam diri.

“Disebabkan perasaan malu dan kurang yakin, saya pendam cita-cita untuk jadi penyanyi. Saya beranggapa­n tiada siapa nak pandang dan dengar nyanyian saya. Apabila dapat tawaran ini, saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Ini peluang keemasan untuk mengubah hidup saya.

“Pada masa sama, pertanding­an ini banyak membantu saya memperbaik­i mutu vokal dan cara nyanyian. Malah, dalam kelas vokal Cikgu Ernie Zakri saya belajar banyak perkara terutama teknik vokal yang betul,” katanya.

Bersaing dengan empat finalis lain iaitu Syafiq Farhain, Baby Shima, Afieq Shazwan dan Wani Kayrie, ramai menjangka Sarah bakal bergelar juara.

“Tujuan saya masuk pertanding­an ini adalah untuk dapatkan platform sebagai penyanyi baru. Saya langsung tidak terfikir mengenai juara. Apa yang penting, saya dapat peluang ini sekali gus dapat menonjolka­n bakat.

“Apabila saya sampai ke peringkat akhir, ia sudah memadai. Kalau menang ia adalah rezeki. Cuma, apa yang penting sekarang saya nak buat yang terbaik. Kalau dapat capai tanggapan orang, ia bagus. Saya hanya berusaha ke arah itu,” katanya.

Disebabkan perasaan malu dan kurang yakin, saya pendam cita-cita untuk jadi penyanyi. Saya beranggapa­n tiada siapa nak pandang dan dengar nyanyian saya. Apabila dapat tawaran ini, saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang

sarah

 ??  ?? FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
SOLEKAN
BEE RAMZA
(INSTAGRAM: @RAMZAMODE) PAKAIAN SHOES SHOES SHOES
(INSTAGRAM: @SHOESSHOES­SHOE5) LOKASI TOVISTA CAFE, KL GATEWAY MALL
(INSTAGRAM: @TOVISTA)
FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN SOLEKAN BEE RAMZA (INSTAGRAM: @RAMZAMODE) PAKAIAN SHOES SHOES SHOES (INSTAGRAM: @SHOESSHOES­SHOE5) LOKASI TOVISTA CAFE, KL GATEWAY MALL (INSTAGRAM: @TOVISTA)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia