Harian Metro

Medium baru pertumbuha­n sektor pertanian

-

Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr Kamariah Long berkata, kelapa sangat sinonim dengan ungkapan ‘pokok kehidupan’. Komoditi ini terkenal dengan tanaman yang mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan hingga kosmetik.

Beliau berkata, ia berkait rapat dengan sosioekono­mi pekerjaan dan pendapatan penduduk luar bandar. Ia juga mendapat permintaan yang tinggi bagi penggunaan domestik terutama sebagai sumber makanan dan kegunaan sabutnya.

“Penggunaan per kapita kelapa di Malaysia adalah sekitar 19 kilogram (kg)/tahun dan dijangka meningkat setiap tahun. Penggunaan domestik adalah sebanyak 750,000 mt setahun dan daripada jumlah ini, pengeluara­n dalam negara menyumbang sebanyak 88.8 peratus.

“Permintaan kelapa bagi kegunaan segar dan industri pemprosesa­n makanan yang meningkat menyebabka­n kerajaan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran seperti Indonesia serta Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidanga­n Kelapa Kebangsaan

(NCC) 2018 bertemakan Memperkasa­kan Industri Kelapa di Ipoh, Perak, barubaru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr Rozhan Abu Dardak dan Pengerusi Jawatankua­sa NCC 2018 Zulkafli Ismail.

NCC 2018 anjuran MARDI dan Jabatan Pertanian

(DOA) membabitka­n 250 peserta dari pelbagai bidang meliputi dua pembentang utama, 19 tajuk kertas kerja lisan dan 26 tajuk poster yang dibentangk­an dalam persidanga­n kali ini.

Selain itu, MARDI turut melancarka­n buku Teknologi Inovasi Penyelidik­an

Kelapa di MARDI bagi tahun 2000 hingga 2017. Sebanyak 22 teknologi hasilan penyelidik­an kelapa di MARDI dikumpulka­n dengan memaparkan secara keseluruha­n kejayaan penghasila­n teknologi inovasi penyelidik­an.

Kamariah berkata, pada 2015, kerajaan mengimport sebanyak 120,200mt kelapa. Industri kelapa di Malaysia mempunyai prospek yang cerah berdasarka­n kepada permintaan yang meningkat untuk pembanguna­n produk hiliran seperti serbuk kelapa, arang teraktif, ‘cocopeat’ dan

Prospek industri kelapa

di Malaysia cerah berdasarka­n peningkata­n

permintaan untuk pembanguna­n produk hiliran Saya percaya dengan gandingan usaha bersama untuk mempergiat­kan semula industri, kita dapat memperkuat strategi untuk meningkatk­an pengeluara­n kelapa, pendapatan petani dan bekalan kelapa di negara kita

minyak kelapa dara (VCO).

“Kelapa adalah tanaman industri yang sangat penting dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara. Pada 2016, Malaysia mengekspor­t lebih 63,000mt kelapa segar.

“Ia menjana sumber pendapatan negara dan menjadi medium baru pertumbuha­n sektor pertanian. Malah, permintaan kelapa semakin

 ??  ?? DR Kamariah (tiga dari kiri) dan Dr Rozhan (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI Bagan Datuk, Ahmad Ngalim (kiri) mengenai pembanguna­n kelapa.
DR Kamariah (tiga dari kiri) dan Dr Rozhan (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI Bagan Datuk, Ahmad Ngalim (kiri) mengenai pembanguna­n kelapa.
 ??  ?? PELANCARAN buku Teknologi Inovasi Penyelidik­an Kelapa MARDI.
PELANCARAN buku Teknologi Inovasi Penyelidik­an Kelapa MARDI.
 ??  ?? PRODUK hiliran minyak kelapa dara.
PRODUK hiliran minyak kelapa dara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia