Harian Metro

Lampin pakai buang pastikan si kecil kekal kering, selesa

-

Memasuki dunia keibubapaa­n tentu saja mengujakan terutama bagi ibu bapa baru. Kebanyakan­nya ingin cepat belajar dan meneroka cara terbaik menjaga si kecil. Antara perkara penting yang sering diberi perhatian adalah pemilihan lampin pakai buang terbaik untuk si kecil terutama sebaik saja dilahirkan.

Pelbagai soalan tentunya bermain di fikiran seperti saiz lampin terbaik untuk si kecil atau bilakah masa sesuai menukar saiz lampin supaya ia muat seeloknya?

Memahami kehendak ibu bapa muda ini Drypers tampil membantu ibu bapa berdepan cabaran dengan melancarka­n lampin pakai buang versi baharu dan ditambah baik, menerusi Drypers Wee Wee Dry.

Ia indikator saiz ideal dikemaskan dengan ciri panduan Tummy Fit Guide yang dicetak pada pita pelekat bagi membolehka­n ibu bapa mengenal pasti sama ada lampin itu sesuai dengan si kecil ataupun sebaliknya.

Kesibukan bekerja menyebabka­n ada ibu bapa terlupa menukar saiz lampin anak sehingga ia ketat dan bocor. Kini mereka boleh menggunaka­n ciri baharu ini untuk memastikan si kecil kekal kering dan selesa. Saiz lampin yang sesuai membantu mengelak kebocoran selain memastikan bayi selesa. Sistem Tummy Fit Guide juga boleh dijadikan alat bantuan berguna untuk membantu ibu bapa memantau tumbesaran anak.

Menurut Pengarah Pemasaran Vinda Marketing (M) Sdn Bhd Evelyn Chan, tugas mendidik anak kini semakin mencabar dan ibu bapa perlu lebih mahir serta mengambil langkah untuk menguasai isu keibubapaa­n sekarang.

“Menerusi lampin pakai buang ini tugas penjaga menjadi lebih mudah. Salah satu ciri yang diperbahar­ui ialah 6 AbsorbDRY layers dengan lapisan ungu lembut menyerap air kencing dengan pantas dan menyalurka­nnya secara sekata bagi mengelakka­n kebocoran. Lampin yang sesuai dan kering ini membolehka­n si kecil bergerak bebas dan selesa,” kata Evelyn Chan.

Memahami kulit bayi yang halus dan lembut, lampin untuk bayi baru lahir memberikan penjagaan dan perlindung­an optimum pada bahagian pusat. Menerusi Stool Lock System ia dapat memerangka­p dan membendung najis lembut agar kulit bayi kekal bersih dan sihat. Reka bentuk potongan Navel Care di atas zon pita pelekat pula membantu mengelak geseran pada bahagian tali pusat bayi dan pada masa sama membiarkan kawasan itu terdedah kepada aliran udara.

“Ia turut dicetak dengan rekaan haiwan bagi mewujudkan hubungan rapat di antara ibu dan anak. Rekaan berwarna-warni itu bukan saja menarik, tetapi juga menjadikan proses menukar lampin sebagai satu pengalaman menyeronok­kan dan menggalakk­an interaksi sesama mereka,” tambahnya.

 ??  ?? AHLI Kelab Bayi Drypers bergambar bersama Pengarah Jualan Vinda Marketing (M) Sdn Bhd Yapp Pau Ling (kiri) dan Evelyn (tengah).
AHLI Kelab Bayi Drypers bergambar bersama Pengarah Jualan Vinda Marketing (M) Sdn Bhd Yapp Pau Ling (kiri) dan Evelyn (tengah).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia