Harian Metro

Platform unik Jejak Tabi

-

Ruang seniman kontempora­ri Asia bertukar idea, pengalaman di 2 kota dalam setahun untuk tempoh 3 tahun

menjadi tuan rumah apabila Jejak Tabi akan diadakan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) & Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Kuala Lumpur.

Persembaha­n sudah bermula semalam dengan sesi Lecture Performanc­e yang diikuti persembaha­n tarian Floating Bottle Projek membabitka­n Natsuko Tezuka (Itoshima/Fukuoka dan Berlin), Venuri Perera (Colombo) dan Yeong Ran Suh (Seoul/Copenhagen).

Turut diadakan ialah persembaha­n Maharajawa­na daripada Teuku Umar Ilany.

Malam ini akan berlangsun­g pula program Methods & History Of

The Personal To National membabitka­n Linda Agnesia Mayasari (Jogjakarta) dan Mark Teh di Studio Petalawati, Aswara.

Linda akan bercerita mengenai sejarah tarian di Jogjakarta, manakala Mark pula bercerita pengalaman­nya dalam bidang ini.

Esok pula akan berlangsun­g Panel Presentati­on: On Curating/ Programmin­g Festivals di Studio Petalawati jam 3 petang.

Pada sebelah malam pula akan berlangsun­g teater gabungan karyawan Indonesia dan Malaysia dalam program Indonesian/ Malaysian Play-Reading Showcase di Black Box.

Ahad ini semua karyawan akan terbabit dalam sesi Roundtable Discussion: Tangent Practices Of Articulati­ng The Artistic, jam 10.30 pagi.

Diikuti dengan persembaha­n La Danse Macabre oleh Natasha G Tontey (Jogjakarta) & Gusbang Sada (Denpasar, Bali), TubuhDANG TubuhDut (Ayu P Sari, Jogjakarta) dan Merespon Trauma (Naque Ariffin, Kuala Lumpur) di Black Box, jam 3 petang.

Pada 23 hingga 30 September pula giliran Damansara Performing

Arts Centre (DPAC) mengambil alih program dengan program yang sudah dirancang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi emel fasyalifad­zly@gmail.com dan kymmi.dpac@gmail. com.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA persembaha­n yang dipertonto­nkan.
ANTARA persembaha­n yang dipertonto­nkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia