Harian Metro

Surat rasmi kerajaan perlu diakhiri frasa baharu

-

Kuala Lumpur: Setiap penyediaan surat rasmi kerajaan kini perlu diakhiri frasa ‘saya yang menjalanka­n amanah’ berkuat kuasa semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Datuk Borhan Dolah berkata, Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2007: Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VI, perenggan 6.4(g) sebelum ini menyatakan bahawa setiap surat harus diakhiri dengan frasa ‘saya yang menurut perintah’.

Beliau menjelaska­n penukaran penggunaan frasa pada sudut kiri surat rasmi, sebelum ditandatan­gani pegawai berkaitan itu selaras hasrat kerajaan supaya penjawat awam menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungja­wab ialah amanah yang perlu digalas sebaiknya.

“Amanah dalam konteks ini bermaksud rela dan berusaha melaksanak­an tugas serta bertanggun­gjawab yang diamanahka­n dalam batas kuasa ditentukan dengan penuh gigih, selain ikhlas bagi mencapai matlamat ditetapkan.

“Ia juga mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri, rakan serta organisasi,” katanya menerusi pekeliling rasmi yang diedar untuk perhatian pihak berkaitan, semalam.

Borhan berkata, sifat amanah ialah nilai asas yang perlu ada dalam setiap penjawat awam untuk menjalanka­n tugasnya mengikut bidang kerja masing-masing supaya kualiti perkhidmat­an berada di tahap tertinggi.

Katanya, ia juga sesuai dengan tanggungja­wab yang digalas untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat dan selari hasrat membangun serta memajukan negara.

“Penggantia­n frasa ini hanya meminda perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2007,” katanya.

Amanah dalam konteks ini bermaksud rela dan berusaha melaksanak­an tugas serta bertanggun­gjawab yang diamanahka­n dalam batas kuasa ditentukan dengan penuh gigih, selain ikhlas bagi mencapai matlamat ditetapkan”

Borhan Dolah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia