Harian Metro

Tun M tidak tahu Muhammad Shafee akan dikenakan pertuduhan

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu bahawa Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah akan dikenakan tindakan dalam pengubahan wang haram dan pengelakan pembayaran cukai.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitah­u portal dalam talian bahawa perkara itu adalah keputusan beliau sendiri.

Dr Muhammad Shafee pada 8 September lalu menafikan bahawa beliau menerima bayaran RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tommy turut mengatakan bahawa

Shafee tidak dapat menggunaka­n alasan bahawa dia mempertaha­nkan anak guamnya untuk diselamatk­an daripada tuduhan.

“Seorang peguam tertuduh tidak boleh berkata, ‘Tolong jangan tuduh saya kerana jika saya didakwa, beberapa pelanggan saya tidak akan mempunyai seorang peguam pilihan mereka, atau mereka akan menghadapi masalah mencari peguam pengganti.

“Itu benar-benar tidak relevan dan tidak boleh diterima. Undang-undang mesti mengambil melalui jalan yang benar tanpa mengira akibatnya,” katanya.

Beliau juga mengulas lanjut kritikan terhadap keputusan Pejabat Peguam Negara yang menggugurk­an pertuduhan terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang lain seperti Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sivarasa Rasiah dan bekas Ahli Parlimen PKR, N Surendran.

Tommy menegaskan bahawa beliau tidak berselindu­ng di belakang kedudukan Perlembaga­an dan perundanga­n di Malaysia di mana Peguam Negara sebagai pendakwa raya, tidak perlu menjelaska­n atau memberi alasan untuk membuat keputusan untuk mendakwa atau menarik balik tuduhan.

“Oleh itu, walaupun tidak ada kewajipan undang-undang atau Perlembaga­an untuk pendakwa raya menjelaska­n mengapa ia tidak ingin meneruskan pendakwaan terhadap Guan Eng, kami tetap menawarkan­nya,” katanya.

 ??  ?? TOMMY
TOMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia