Harian Metro

Syukur selamat

- Suraya Roslan surayarosl­an@nstp.com.my

„ Budak derita sawan jalani pembedahan pasang implan VNS

“Alhamdulil­lah, impian kami sekeluarga untuk melakukan pembedahan pemasangan implan dan Alat Penstabila­n Gelombang Otak (VNS) untuk Eusuf menjadi kenyataan hari ini (semalam).

“Semua ini hasil sumbangan orang ramai, terima kasih semua,” kata Djasriza Jasin, 41, ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun Eusuf Muhammad Idzfan yang menghidap Sindrom Lennox Gestaut (LGS).

Djasriza, berkongsi kegembiraa­n itu selepas Eusuf, selamat menjalani pembedahan memasang alat VNS di sebuah pusat perubatan swasta di Lembah Klang di sini, semalam.

Pensyarah itu berkata, Eusuf disahkan stabil selepas selesai pembedahan dan kanak-kanak itu kini dalam proses pemulihan.

Katanya, doktor juga sedang memantau keadaan Eusuf untuk memastikan alat VNS dipasang berfungsi dengan baik dan membantu kanak-kanak itu yang sebelum ini kerap diserang sawan.

“Syukur kepada Allah, hari ini (semalam) adalah hari yang ditunggu-tunggu kami sekeluarga yang mahu melihat perubahan pada Eusuf.

“Mungkin selepas ini serangan sawan Eusuf makin berkuranga­n jadi penderitaa­nnya tidak lagi macam sebelum ini,” katanya.

Wanita itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang bermurah hati menyumbang­kan wang bagi membolehka­n pembedahan semalam dijalankan.

“Tanpa sumbangan orang ramai, saya fikir pembedahan untuk implan VNS ini tidak dapat dilakukan, hanya Allah dapat membalas jasa orang ramai,” katanya.

Kisah Eusuf yang dilaporkan Harian Metro, mendapat perhatian masyarakat apabila kanak-kanak itu diserang sawan 30 hingga 100 kali sehari menyebabka­n dia perlu memakai alat VNS yang berharga RM100,000.

Eusuf yang kerap menghantuk kepala di dinding dan menangis 12 jam tanpa henti disahkan menghidap LGS ketika ulang tahun kelahiran yang pertama pada 24 Mei 2016.

Selepas dilaporkan akhbar ini, jumlah kutipan tabung Eusuf berjaya mencapai sasaran RM130,000 dalam masa enam hari.

 ??  ?? EUSUF selamat jalani pembedahan pemasangan implan VNS, semalam.
EUSUF selamat jalani pembedahan pemasangan implan VNS, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 4 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 4 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia