Harian Metro

Balasan tawar pakej haji palsu

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

„ Lelaki perdaya warga emas dipenjara 198 bulan

Bapa dua anak dihukum penjara 198 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mempengaru­hi seorang warga emas dengan pakej haji palsu membabitka­n kerugian RM12,150.

Hakim Azman Mustapha menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Zukainiel Yusof, 39, dari Marang mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan capaian tanpa kuasa dengan niat menyebabka­n mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) sebuah bank di Dataran Austin, Jalan Sultan Ismail dan Wisma Darul Iman mengeluark­an sejumlah wang milik mangsa, Ismail Mohd, 87, secara fraud (penipuan).

Kesalahan dilakukan antara jam 9.38 pagi, 22 Januari lalu hingga jam 2.25 pagi, 14 Februari 2018 membabitka­n keseluruha­n wang berjumlah RM12,150 dengan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan itu.

Berikutan pengakuan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintah­kan hukuman berlangsun­g secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh dikatakan menyamar sebagai kakitangan sebuah bank yang kononnya dipertangg­ungjawabka­n untuk menguruska­n pakej umrah dan haji tawaran daripada bank berkenaan.

Tertuduh didakwa menjadikan warga emas sebagai sasaran dengan menunggu di sekitar lokasi mesin ATM sebelum menghampir­i mangsa dan mempengaru­hinya dengan tawaran pakej umrah atau haji murah.

Mangsa yang teruja mendengar tawaran disediakan menyerahka­n kad serta kata laluan sebelum tertuduh mengeluark­an wang simpanan mangsa tanpa pengetahua­n.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Mohd Zukainiel di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Mohd Zukainiel di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia