Harian Metro

Tiga lelaki perdagang remaja dijel 10, enam tahun

-

Kuala Lumpur: Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 10 tahun dan enam tahun atas pertuduhan memperdaga­ngkan seorang remaja perempuan bagi maksud eksploitas­i seks, tiga tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhi hukuman itu terhadap pemandu lori, M Yuvaraja, tukang gunting rambut, R Subramania­m dan kelindan lori, S Sangkar selepas mendapati pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintah­kan Yuvaraja dan Subramania­m masing-masing didenda RM15,000 dan sekiranya gagal, mereka boleh dipenjara dua tahun manakala Sangkar didenda RM10,000 atau penjara setahun sekiranya gagal berbuat demikian.

Pada penghakima­nnya, Azura berkata, keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh adalah penafian kosong, tidak konsisten dan difikirkan kemudian. “Ketiga-tiga tertuduh mendakwa mereka ada hubungan rapat dengan mangsa. Bagaimanap­un, berdasarka­n keterangan mereka di mahkamah, mereka tidak mengetahui umur dan pekerjaan mangsa,” katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memperdaga­ngkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika kejadian bagi maksud eksploitas­i seks di sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfield­s, jam 1.30 petang, 14 Ogos 2015.

Pertuduhan dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran 2007 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan ketiga-tiga tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari namun mereka masih perlu membayar denda (Khamis).

Susulan itu, mahkamah menaikkan jaminan kepada RM20,000 setiap seorang serta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah dan lapor diri di balai polis berhampira­n sehingga kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia