Harian Metro

Kaki lalok tinggal lubuk

„ Penagih heroin beralih syabu,| jual beli secara dalam talian

- Amir Abd Hamid cnews@nstp.com.my

Bagi mengelakka­n kegiatan haram dihidu pihak berkuasa, transaksi jual beli dadah sintetik kini dilakukan secara dalam talian termasuk penggunaan aplikasi mesej peribadi Facebook (FB) dan WhatsApp.

Pengedar dadah, tokan atau pusher kini hanya menerima pesanan daripada penagih menerusi aplikasi itu berbanding urus niaga jual beli secara fizikal atau terang-terangan yang dilakukan ketika penagihan dadah heroin memuncak satu ketika dulu.

Mendedahka­n senario itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, penagih dadah sintetik gemar membuat pesanan menerusi WhatsApp dan FB berbanding kegiatan jual-beli heroin dulu senang dilihat di port tertentu.

“Senario ini berlaku selepas trend penagihan dadah beralih daripada jenis penenang seperti heroin kepada dadah stimulan atau perangsang methamphet­amine.

“Atas sebab itu juga, memang sukar mencari penagih heroin atau digelar Pok Tih, Fit, Fun dan Tepung melepaskan gian menyuntik diri secara terang-terangan di bawah jambatan seperti berlaku pada era 1970-an, 1980-an, 1990-an serta awal 2000,” katanya.

Beliau yang juga bekas penagih heroin berkata, berdasarka­n kes diterima PENGASIH sejak beberapa tahun lalu mendapati tiada kes membabitka­n penggunaan jarum suntikan heroin, sebaliknya banyak membabitka­n pemulihan ketagihan syabu.

Namun, katanya, dadah perangsang seperti syabu, ice, kristal atau batu lebih berisiko menyebabka­n kecederaan otak, malah menyebabka­n perubahan sikap kepada ganas dan agresif.

“Semakin banyak kes mental berlaku kesan rangsangan dadah sintetik itu. Justeru, pertukaran trend penagihan kepada jenis dadah stimulan ini menyebabka­n PENGASIH bekerjasam­a lebih rapat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang ada kepakaran psikologi dan psikiatri untuk menangani masalah itu.

“Syabu yang tiada kegunaan dalam bidang perubatan semakin digemari penagih dadah baru serta segelintir penagih heroin yang bertukar kepada dadah jenis itu,” katanya.

Mengenai perkembang­an terbaru PENGASIH, katanya, pihaknya melancarka­n perkhidmat­an buku digital atau e-Book, Buku Ini Potong Stim, bulan lalu, dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia.

Katanya, menerusi e-Book yang boleh dimuat turun secara percuma, orang ramai sama ada penagih atau ahli keluarga boleh mendapatka­n pelbagai maklumat termasuk cara mengatasi masalah penagihan dadah dengan memuat turun di www.pengasih.org/potong-stim.

Kelmarin, tinjauan Harian Metro di ibu negara membabitka­n beberapa kawasan penagih dadah terkenal yang dijadikan ‘klinik untuk doktor lalok’ mendapati tiada penagih dadah bersepah tanpa segan silu melepaskan gian berbanding tinjauan sama sedekad lalu.

Sebelum ini, penagih dadah yang khayal atau sedang menyuntik mudah ditemui di kawasan tepi sungai antaranya berhampira­n Pasar Seni, Dayabumi, Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tinjauan turut dilakukan di bawah jejambat Bulatan Batu Caves yang sebelum ini menjadi sarang penagih tegar.

Di kawasan hanyir itu, wartawan hanya menemui beberapa peralatan lama seperti picagari, tiub straw untuk peket dadah, beberapa pakaian, puluhan pemetik api serta bekas kaca yang ada kesan bakar dipercayai un- tuk memasak heroin.

Harian Metro pernah menyiarkan laporan ekslusipad­a 13 Julai 2013 bertajuk Otak Terbakar yang memetik Pakar Perubatan Penagihan Dadah dan Pakar Psikiatri, Dr Mahmud Mazlan berkata, kesan pengambila­n methamphet­amine lebih berbahaya daripada heroin dan kokain kerana ia boleh membakar hujung saraf akar otak atau dalam bahasa saintifik axon.

“Syabu juga merosakkan otak depan menyebabka­n penagih menjadi agresif dan terlalu sensitif hingga hilang kawalan.

Syabu juga merosakkan otak depan menyebabka­n penagih menjadi

agresif

Dr Mahmud Mazlan

 ??  ??
 ??  ?? LUBUK penagih dadah melepaskan gian di bawah jejambat Bulatan Batu Caves lengang tanpa kelibat penagih dadah heroin. PERALATAN menghisap heroin yang ditinggalk­an penagih.
LUBUK penagih dadah melepaskan gian di bawah jejambat Bulatan Batu Caves lengang tanpa kelibat penagih dadah heroin. PERALATAN menghisap heroin yang ditinggalk­an penagih.
 ??  ?? E-BOOK Buku Ini Potong Stim boleh dimuat turun secara percuma.
E-BOOK Buku Ini Potong Stim boleh dimuat turun secara percuma.
 ??  ?? PERALATAN menghisap dadah yang dijumpai di bawah jejambat.
PERALATAN menghisap dadah yang dijumpai di bawah jejambat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Yunos
MOHD Yunos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia