Harian Metro

‘Kita manja, dia keras’

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Mufti Pahang ulas perbezaaan hukuman mahkamah syariah, sivil

“Sebatan jenayah sivil saya tengok keras macam kita hendak pukul bola golf manakala sebatan syariah macam kita pukul manja anak-anak kecil.

“Memanglah jika kita tengok cara sebatan sivil itu ngeri dan gerun walaupun hanya dilakukan kepada patung saja, tetapi hukuman sebat syariah tetap ditakuti oleh dunia kerana Allah datangkan kegerunan itu untuk memberi keinsafan kepada pesalah,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Beliau memberi maklum balas itu selepas kali pertama berpeluang menyaksika­n perbezaan antara sebatan jenayah sivil dan syariah.

Pendedahan berharga itu diperoleh beliau menerusi satu demonstras­i yang turut disaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta ahli jawatankua­sa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selepas mereka selesai mengadakan mesyuarat khas, petang kelmarin.

Menurutnya, demonstras­i itu memberikan­nya pemahaman yang lebih jelas mengenai perbezaan antara sebatan bagi kesalahan dua jenayah terbabit.

“Sebatan sivil walaupun kuat sampai keluar darah pun masih ada lagi pesalah mengulangi perbuatan jenayah lama itu.

“Namun berbeza dengan hukuman syarak walaupun tidak kuat, ia lebih memberi kesan dan digeruni apabila kita hendak jalankan hukuman itu.

“Itu yang kita rasa pelik, namun itulah keindahan Islam yang mana Allah titipkan rasa gerun itu untuk memberi keinsafan kepada pesalah,” katanya.

Video berdurasi 32 saat yang dirakam dari pekarangan Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Kuantan itu mendapat perhatian netizen selepas tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Md Yunos berkata, demonstras­i itu dijalankan pihaknya dengan usaha sama Jabatan Penjara Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi menunjukka­n perbezaan kaedah sebatan sivil dan syariah.

“Kita difahamkan oleh JAIP, Tengku Abdullah berkenan melihat cara pelaksanaa­n dua hukuman berkenaan.

“Selepas dua kali perbincang­an diadakan bersama JAIP, Jabatan Penjara dan MUIP, kami bersetuju mengadakan demonstras­i itu.

“Fokus kita lebih kepada sebatan syariah. Sebab itu sebelum melakukan demonstras­i, kita turut menjelaska­n berkaitan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang 2013,” katanya. Jabatan agama Islam negeri boleh mengambil tindakan terhadap individu atau golongan yang menonjolka­n perwatakan bukan jantinanya seperti lelaki berlagak wanita di tempat awam dan media sosial.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, sekiranya terdapat aduan rasmi terhadap golongan mak nyah berkelakua­n tidak bermoral di tempat awam, tindakan boleh diambil berdasarka­n undang-undang syariah di negeri masing-masing.

Musa berkata, di Wilayah Persekutua­n umpamanya, peruntukan boleh dikenakan berdasarka­n Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutua­n) 1997 yang memperuntu­kkan denda RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan.

 ?? Abdul Rahman Osman ?? Memanglah jika kita tengok cara sebatan sivil itu ngeri dan gerun walaupun hanya dilakukan kepada patung saja, tetapi hukuman sebat syariah tetap ditakuti oleh dunia kerana
Allah datangkan kegerunan itu untuk memberi keinsafan kepada pesalah”
Abdul Rahman Osman Memanglah jika kita tengok cara sebatan sivil itu ngeri dan gerun walaupun hanya dilakukan kepada patung saja, tetapi hukuman sebat syariah tetap ditakuti oleh dunia kerana Allah datangkan kegerunan itu untuk memberi keinsafan kepada pesalah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia