Harian Metro

KFC UTM Gurney Mall kini dibuka AGROBANK POSITIF

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Kuala Lumpur: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali tunggal restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia dengan usaha sama UTM Holdings Sdn Bhd (UTM), semalam merasmikan pembukaan cawangan terbaru KFC di UTM Gurney Mall di Residensi UTMKL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

KFC UTM Gurney Mall adalah hasil usaha sama strategik antara QSR Brands dan UTM bagi meningkatk­an penawaran komersial dan pengalaman menjamu selera kepada penduduk, pelajar dan komuniti pekerja di sekitar kawasan berkenaan.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp dan Pengerusi QSR Brands Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata, kerjasama komersial dengan universiti awam seperti UTM adalah strategi cemerlang bagi syarikat mengembang­kan rangkaian perkhidmat­an ke kampus utama seluruh negara.

Agrobank komited untuk menyalurka­n nilai pembiayaan keseluruha­n RM10.5 bilion sehingga Disember 2018 sebagai usaha memperkasa industri pertanian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, komitmen itu adalah bersandark­an mandat yang diberikan kepada bank itu untuk memberikan akses pembiayaan kepada usahawan tani, sekali gus merangsang pertumbuha­n sektor pertanian.

Katanya, dengan mandat sedemikian, Agrobank mencipta nilai tambah dengan memberikan keperluan pembiayaan kepada usahawan dalam sektor huluan mahupun hiliran.

“Agrobank mencapai nilai pembiayaan keseluruha­n RM10 bilion setakat bulan Ogos lalu, bermakna kita mencapai pertumbuha­n bersih RM1 bilion.

“Tahun lalu Agrobank mencatatka­n peningkata­n nilai pembiayaan sebanyak RM9.5 bilion dengan pertumbuha­n lebih kurang 9.0 peratus,” katanya kepada media di Majlis Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Syed Alwi berkata, pihaknya juga sedang membuat rangka persediaan perniagaan bagi tahun kewangan akan datang dan ia akan dibuat berdasarka­n hala tuju yang akan diumumkan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, Agrobank turut menyasarka­n pertumbuha­n untung sebelum cukainya RM220 juta tahun ini mewakili peningkata­n 10 peratus tahun ke tahun.

“Agrobank secara aktif menyokong pembanguna­n pertanian negara dengan

“Ini membolehka­n QSR Brands mengukuhka­n lagi kedudukan sebagai pendahulu pasaran di negara dengan memanfaatk­an sumber institusi berkenaan.

“Pembukaan KFC UTM Gurney Mall menandakan restoran KFC ke-22 kami tahun ini dan ini sejajar dengan sasaran untuk membuka 23 cawangan secara keseluruha­n sebagai sebahagian strategi pembanguna­n jenama KFC,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Majlis pembukaan KFC Gurney Mall itu dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Pengarah Urusan QSR Brands Datuk Seri Mohamad Azahari Mohamed Kamil dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Perasmian KFC UTM Gurney Mall itu juga sejajar dengan pelancaran Residensi UTMKL, projek residensi terbaharu institusi berkenaan dan Kuliah Perdana UTM sempena Hari MHIIT Jepun 2018 di UTM.

„ Komited salur pembiayaan RM10.5b perkasa industri pertanian

beroperasi di lapan wilayah melalui 192 cawangan dan kios serta ejen agro di seluruh Malaysia,” katanya.

Agrobank menawarkan produk dan perkhidmat­an dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdaganga­n, peribadi, perbankan elektronik, deposit dan perkhidmat­an.

Antara pemenang Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2018 ialah Anugerah Agropreneu­r Muda (Kamaruzzam­an Abd Jalil), Anugerah Agropreneu­r Mikro (Nur Aisyah Tey Abdullah), Anugerah Agropreneu­r Orang Kurang Upaya (Zarida Zakaria), Anugerah Agropreneu­r Wanita (Yap Di Bee), Anugerah Agropreneu­r Inovasi (Datuk Lau Hai Po), Anugerah Agropreneu­r Cemerlang (Jaffri Ahmad & Mazlina Kamarudin), Anugerah Pelanggan Setia Individu (Nazri Mohammad), Anugerah Pelanggan Setia Syarikat (Medan Juara Sdn Bhd).

 ??  ?? DR Mahathir menandatan­gani plak pelancaran cawangan KFC ke-701 di UTM Gurney Mall di Residensi UTMKL, Jalan Semarak, se m a l a m .
DR Mahathir menandatan­gani plak pelancaran cawangan KFC ke-701 di UTM Gurney Mall di Residensi UTMKL, Jalan Semarak, se m a l a m .
 ?? Syed Alwi Mohamed Sultan ?? Agrobank mencapai nilai pembiayaan keseluruha­n RM10 bilion setakat bulan Ogos lalu, bermakna kita mencapai pertumbuha­n bersih RM1 bilion”
Syed Alwi Mohamed Sultan Agrobank mencapai nilai pembiayaan keseluruha­n RM10 bilion setakat bulan Ogos lalu, bermakna kita mencapai pertumbuha­n bersih RM1 bilion”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia