Harian Metro

225 Proton ke Mesir

- Syarifah Dayana Syed Bakri cnews@nstp.com.my

„ Kenderaan dieksport dijangka tiba Kaherah pada 6 Oktober

PROTON mencatat satu lagi aktiviti eksport bagi 2018 di mana sebanyak 225 kereta Proton akan dihantar ke Pelabuhan Alexandria, Kaherah, Mesir.

Penghantar­an yang akan dilakukan esok melalui Pelabuhan Utara, Klang dijangka tiba di Kaherah pada 6 Oktober nanti.

Di lokasi itu, kenderaan berkenaan akan dikendalik­an pengedar PROTON di Mesir iaitu Alpha Ezz El-Arab melalui tujuh cawangan dan pengedar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed berkata, penghantar­an itu menandakan eksport pertama kenderaan Proton ke Mesir sejak hampir tiga tahun lalu.

“Eksport yang terakhir merangkumi 320 unit Proton Gen 2 dan Persona pada Disember 2015 sebelum penyusutan nilai mata wang tempatan yang menjadi penghalang untuk meletakkan harga yang kompetitif bagi kenderaan PROTON,” katanya, semalam.

Menurutnya, usaha yang dipamerkan oleh pengedar dan eksport alat ganti secara berterusan telah memastikan keperluan pengguna tempatan dapat dipenuhi sementara menunggu pemulihan ekonomi.

Katanya, dengan keadaan pasaran yang bertambah baik, PROTON kini berpeluang untuk melakukan semula aktiviti eksport dan memanfaatk­an pasaran automotif yang dijangka mengalami pertumbuha­n ketara pada Jumlah Keseluruha­n Industri (TIV) dalam masa beberapa tahun akan datang.

“PROTON berasa teruja kerana berpeluang untuk mengekspor­t kenderaan di pasaran yang pada masa dahulu terbukti menjadi pilihan pembeli.

“Pembeli di negara itu menghargai keselamata­n, keutuhan dan nilai harga jualan semula yang tinggi pada kereta Proton iaitu kualiti yang terbukti pada tiga model termasuk Saga dan Exora yang bakal dilancarka­n di Kaherah, Oktober nanti.

“Untuk memastikan stok mencukupi, pengedar telah menempah 280 unit lagi yang akan dihantar bulan hadapan dengan sasaran sebanyak 1,000 unit kereta pada tahun ini,” katanya.

Selain meneruskan penjualan kereta baru di Mesir, Alpha Ezz El-Arab juga akan memperkena­lkan identiti korporat baru PROTON di tiga cawangan dan menjadi pengedar luar negara pertama menggunaka­n identiti baru PROTON.

“Langkah untuk menggunaka­n identiti korporat baru menunjukka­n pengedar kami bergerak seiring matlamat kami untuk mewujudkan pengalaman jenama dan imej PROTON yang konsisten di peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS penghantar­an eksport Proton ke Pelabuhan Alexandria, Kaherah, Mesir di kilang PROTON Tanjung Malim.
MAJLIS penghantar­an eksport Proton ke Pelabuhan Alexandria, Kaherah, Mesir di kilang PROTON Tanjung Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia