Harian Metro

REZEKI DALAM DUKA

- Agensi

„ Gambar budak ratap kematian bapa cetus simpati netizen, kutip derma RM174,000 dalam sehari

Seorang kanak-kanak menerima wang derma lebih 32,000 pound (RM174,000) yang berjaya dikutip dalam hanya sehari oleh orang ramai yang bersimpati melihat gambarnya menangis di sebelah mayat bapanya selepas menjadi tular di media sosial.

Dalam gambar itu, kanak-kanak berusia 11 tahun terbabit dilihat mengesat air mata sementara sebelah tangan lagi memegang kepala bapanya yang maut selepas terjatuh ke dalam pembetung, lapor The Mirror.

Bapanya, Anil, 27, pekerja pembetunga­n yang mengalami kemalangan selepas tali yang digunakan untuk turun ke dalam loji tiba-tiba terputus, lapor BBC.

Gambar itu dikatakan dimuat naik di Twitter oleh wartawan The Hindustan Times, Shiv Sunny bagi membantu keluarga terbabit sebelum ia dikongsi lebih 7,000 kali.

Ia juga bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kematian pekerja pembetunga­n di India yang tidak diberikan peralatan keselamata­n diri.

Kira-kira 100 pekerja pembetunga­n maut setiap tahun di India dan kematian Anil itu yang kedua seumpamany­a di New Delhi, bulan ini.

The Sun melaporkan, bapa tiga anak itu maut hanya enam hari selepas bayinya berusia empat bulan mati akibat pneumonia.

Shiv berkata, keluarga itu terlalu miskin hingga tidak mampu menanggung kos pengebumia­n dan terpaksa bergantung kepada jiran.

Dalam keterangan gambarnya dia menulis: “Kanak-kanak lelaki itu pergi ke mayat bapanya di tempat pembakaran mayat, mengalihka­n kain dari muka, memegang pipi dengan kedua tangan dan berkata, ‘papa’ sebelum nangis teresak-esak.

“Lelaki itu buruh miskin yang mati di dalam pembetung, Jumaat lalu. Keluargany­a langsung tiada wang untuk membakar mayatnya.”

Rasa simpati yang ditunjukka­n netizen terhadap keluarga itu menyebabka­n Shiv mencari lebih banyak cerita mengenai mereka.

Dia turut terdengar bagaimana kanak-kanak itu kadangkala menemani bapanya ke tempat kerja untuk menjaga pakaian supaya tidak dicuri ketika sibuk membuat kerja.

Kanak-kanak itu juga mempunyai dua adik berusia tiga dan tujuh tahun.

Yayasan Uday, organisasi bukan kerajaan menggunaka­n platform pengumpul dana Ketto untuk mendapat derma.

Menurut yayasan itu, wang diterima akan digunakan untuk membantu menyara keluarga itu, selain pendidikan tiga beradik terbabit.

 ??  ?? GAMBAR kanak-kanak itu meratap kematian bapanya tular di media sosial. - Agensi
GAMBAR kanak-kanak itu meratap kematian bapanya tular di media sosial. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia